• Nenhum resultado encontrado

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)"

Copied!
63
0
0

Texto

(1)

i

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PIMKD2053

PENGAJIAN TAJWID DAN RASM UTHMANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

(2)

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA

PASCASISWAZAH PENDIDIKAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

(3)

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak

Pengarang i

Kandungan ii

Panduan Pelajar ii

Pengenalan v

Agihan Tajuk dan Unit vi

UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH DAN TARTIL AL-QURAN 1

UNIT 2 TAJWID AL-QURAN 9

UNIT 3 AMALI TAJWID 22

UNIT 4 RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN 26

UNIT 5 TAJWID, RASM DAN DHABT DALAM KAEDAH IQRA’ 42

Bibliografi 53

Panel 54

Simbol 55

KANDUNGAN

(4)

iv

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

(5)

v

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan

Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.

(6)

vi

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep tilawah, tartil, tajwid dan Rasm Uthmani.

2. Memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah yang dibaca.

(7)

vii

AGIHAN TAJUK

Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM KESELU- RUHAN DALAM MK 44 JAM INTERAKSI BERSEMUKA 60% 26 JAM MODUL 40% 18 JAM KULIAH 40% 18 JAM DALAM TALIAN 20% 8 JAM 1. Pengenalan Tilawah dan Tartil

Al-Quran

 Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran. (K)

 Rukun tilawah (M)

 Maratib dan Kesalahan Tilawah (DT)

 Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar

 Bentuk Tilawah yang dilarang (DT)  Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran (M) 7 2 3 2 2. Tajwid Al-Quran  Ilmu Tajwid

 Makhraj dan Sifat Huruf (K)  Hukum Nun dan Mim

Sakinah (K)

 Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz (K)

 Al-Mudgham (M)  Al-Mudud (M)

 Kaedah Waqaf dan Ibtida’ (M)

(8)

viii Nota:

K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

3. Amali Tajwid (A)

 Surah Al-Fatihah (DT)  Surah Al-Zalzalah (DT)  Surah Al-Baiyinah (DT)  Surah Al-Qadr (DT)  Surah Al-‘Alaq (DT)  Surah Al-Tin (DT)  Surah Al-Insyirah (DT)  Surah Al-Dhuha (DT) 9 5 4

4. Rasm Uthmani dan Dhabt Al-Quran

 Ilmu Rasm Uthmani dan Dhabt

 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas

penulisan Al-Quran (M)  Kaedah dan Kelebihan Rasm

Uthmani (M)

Dhabt al-Quran Rasm Uthmani (K)

10 4 - 6

5. Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’

 Pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’ (K dan M)

Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)

8 3 1 4

(9)

1

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep tilawah, tartil, tajwid dan Rasm Uthmani.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

1.1 Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran. 1.2 Rukun tilawah

1.3 Maratib dan Kesalahan Tilawah - Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar 1.4 Bentuk Tilawah yang dilarang

1.5 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran 1.6 Latihan

1.1 Konsep Tilawah danTartil Al-Quran.

Terdapat beberapa faktor yang telah digariskan oleh para al-Qurra’ yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah dalam menilai tilawah al-Quran berdasarkan konsep yang betul. Antaranya ialah:

UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH DAN TARTIL AL-QURAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i Menghuraikan konsep Tilawah dan Tartil al-Quran

ii Menghuraikan rukun tilawah al-Quran berdasarkan pandangan ulama’ iii Menjelaskan bentuk-bentuk tilawah yang dilarang serta

kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran

i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.

ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.

(10)

2

i. Membaca dengan tartil (iaitu bacaan tenang tanpa tergopoh-gapah dan memenuhi kehendak tajwid).

Firman Allah SWT:

ۡ مَك َو

ۡ

ۡ َنِمۡاَن كَل هَأ

ِۡنو ُرُق لٱ

ۡ

َۡرِبۡ ٰىَفَك َوۡ ٖۗ حوُنِۡد عَبۡ ۢنِم

ِۡهِداَبِعِۡبوُنُذِبۡ َكِ ب

ۦ

ۡ

ۡا ٗري ِصَبۡا َۢريِبَخ

١٧

(Surah al-Isra’ 17: 106) Maksudnya:

Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.

Firman-Nya lagi:

ِۡلِ ت َر َوِۡه يَلَعۡ د ِزۡ وَأ

َۡناَء رُق لٱ

ۡ

ۡ الًيِت رَت

٤

(Surah al-Muzammil 73: 4) Maksudnya:

Dan bacalah al-Quran dengan “tartil”. Tartil di sini bermaksud membaca dengan tenang tanpa tergopoh-gapah dan bertajwid.

ii. Pengambilan melalui talaqqi dan musyafahah. Ulamak Tajwid ada menyusun beberapa rangkap syairۡyang bermaksud:

Sesiapa yang menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, Dia akan terselamat dari terpesong dan diseleweng Dan sesiapa yang menerima ilmu daripada buku Ilmunya di sisi orang yang berilmu seperti orang yang jahil.

iii. Membaca al-Quran secara tadabbur. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang ingin bercakap dengan Allah SWT hendaklah dia

membaca al-Quran.

iv. Memperelokkan suara semasa membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan olehۡan-Nasai dan Abu Daud dari al-Barra’ yang bermaksud:

Perhiaskanlah al-Quran dengan suara kamu.

v. Bacaan dengan lahjah Arab. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:

(11)

3

vi. Tidak mengalunkan suara dengan berlebihan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud:

Seseorang yang paling baik suaranya ialah mereka yang apabila membaca al-Quran, engkau melihatnya takut kepada Allah.

1.2 Rukun tilawah

Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan Al-Quran. Rukun bacaan Al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di bawah

Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih khusus Iaitu sesaorang membaca Al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definasi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.

RUKUN

TILAWAH

AL-QURAN

SAH SANAD

BACAAN

BERTEPATAN

DENGAN

NAHU

BAHASA ARAB

BERTEPATAN

DENGAN

RASM

UTHMANI

(12)

4

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Mushaf kufi adalah salah satu mushaf-mushaf Rasm Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Thoriq (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Rasm Uthmani akan menyebabkan bacaan kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu Bahasa Arabۡ samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

(13)

5

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmak menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui kesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan).

1.3 Maratib dan Kesalahan Tilawah

- Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar

Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam menentukan 4 maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan dan dirumuskan dalam rajah di bawah.

Tahqiq

Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

Tartil

Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan dengan memberikan haq (sifat semula jadi huruf) dan mustahaqnya (sifat-sifat yang mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.

TAHQIQ

TARTIL

TADWIR

HADAR

(14)

6

Hadar

Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh orang yang mentasmik hafazan di depan gurunya.

Tadwir

Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.

1.4 Bentuk Tilawah yang dilarang

Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan tersebut.

1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada tempatnya

2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hokum mad. 3. Tarkis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga

melebihkan pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak

4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membawa sifat riyak

5. Tar’id iaitu bacaan yang menggentarkan suaru keterlaluan seperti orang kesejukan atau ditimpa sakit.

6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara serentak 7. Membaca bersama alat muzik.

1.5 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran

Kesalahan dalam bacaan al-Quran dinamakan al-Lahn. Perkara ini amat jarang

berlaku dalam generasi sahabat kerana mereka adalah golongan Arab yang fasih berbicara. Kebesaran al-Quran dan keagungannya mesti diraikan oleh setiap Muslim meliputi makna-makna Al Quran, ajaran dan petunjuknya. Di samping itu keagungan al-Quran juga mesti diserlahkan dalam bacaannya dengan tidak melakukan kesalahan. Daripada Ummu Darda’ r.a berkata: “Sesungguhnya aku sangat suka membaca al-Quran sebagaimana diturunkan”. Ungkapan Ummu Darda’ ini menunjukkan tentang ketelitiannya dalam membaca al-Quran dengan bacaan yang tepat. Ulama membahagikan al-Lahn atau kesalahan bacaan Quran i ini kepada dua bahagian iaitu Lajn Jaliyy dan al-Lahn al-Khofiyy.

(15)

7 Al-Lajn al-Jaliyy

al-Lajn al-Jaliyy ditakrifkan oleh Ibnu al-Jazari dengan katanya: Kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Atau kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz yang membawa kepada kerosakan uruf bacaan tanpa merosakkan makna. Seorang ulama mutaakhirin Dr Abdul Aziz Abdul Fattah al-Qadhi telah mengemukakan takrifannya dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui ulama dan juga orang awam sama ada ia merosakkan makna atau sebaliknya.

Al-Lahn al-Khofiyy

Al-Lahn al-Khofiyy ditakrifkan sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz dan merosakkan uruf bacaan tanpa merosakkan makna. Al-Sakhowi telah menghuraikan masalah ini dengan menyatakan pembaca tidak menyempurnakan sebutan huruf dan haknya, mengurangkan atau menambah sifat-sifat huruf yang patut dibaca. Dalam menjelaskan lagi al-Lahn al-Khofiyy ini beliau mengatakan iaitu kesalahan yang merosakkan huruf seperti meninggalkan ikhfa’, iqlab, ghunnah tetapi tidak merosakkan makna dan i’rab.

1.6 Latihan

Catatkan pendapat-pendapat qurra’ berkenaan hukum al-Lahn al-Jaliyy dan al-Lahn al-Khofiyy

Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan bacaan al-Quran bagi setiap maratib bacaan al-Quran

Kemudian bincangkan bersama tutor bentuk-bentuk kesalahan dalam bacaan al-Quran.

(16)

8

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan i. Aplikasi Whatssap

ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Tilawah dan Tartil Al-Quran i. Maratib dan Kesalahan Tilawah (DT)

ii. Bentuk Tilawah yang dilarang (DT) C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Tahqiq ii. Tartil iii. Tadwir iv. Hadar

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian

(17)

9

SINOPSIS

Kursus ini juga membincangkan pengenalan ilmu tajwid dan hukum-hukum yang terdapat di dalam bacaan al-Quran berkisar tentang Makhraj dan Sifat Huruf, Hukum Nun dan Mim Sakinah, Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz, al-Mudgham, al-Mudud dan kaedah Waqaf dan Ibtida’.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

2.1 Ilmu Tajwid

2.2 Makhraj dan Sifat Huruf 2.3 Hukum Nun dan Mim Sakinah 2.4 Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz 2.5 Al-Mudgham

2.6 Al-Mudud

2.7 Kaedah Waqaf dan Ibtida’ 2.8 Latihan

UNIT 2 TAJWID AL-QURAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

i Menghuraikan maksud ilmu tajwid berdasarkan asas-asasnya dan kepentingan ilmu tajwid

ii Mengupas persoalan hukum-hukum tajwid berkaitan makhraj dan sifat huruf, hukum nun dan mim sakinah, hukum tarqiq, tafkhim dan taghliz, al Mudgham dan al-Mudud.

(18)

10

2.1 ILMU TAJWID

Ulamak Islam mengatakan bahawa setiap ilmu mempunyai asas yang menjadi teras perbincangan. Sepuluh asas ilmu tajwid ialah ;

1. Pengertian :

Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatu

Pada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan diberikan hak (sifat asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

2. Hukum mempelajarinya:

Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal dengannya ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat. 3. Dalil-dalil kewajipan beramal dengannya.

Surah alMuzammil ayat 4. Sabda Rasulullah s.a.w

Ijmak ulamak sejak zaman sahabat hinggalah hari ini. 4. Nama ilmunya.

Ilmu tajwid

5. Tumpuan perbincangan. Kalimah-kalimah al-Quran 6. Kelebihannya.

Antara ilmu termulia kerana ia berkaitan terus dengan kalam Allah 7. Penyusunnya.

Secara amali Nabi Shallallahu alaihi Wasallam 8. Masalah dalam perbincangannya.

Kaedah-kaedah umum yang menjuruskan kepada kaedah-kaedah yang lebih khusus.

9. Matlamatnya.

Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dalam bacaan. 10. Faedah umum.

Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat daripada Allah di dunia dan akhirat.

2.2 MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF

2.2.1 Makhraj

Pada bahasa tempat keluar. Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain.

(19)

11

Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu makhraj jauf, makhraj halk, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.

Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halk terdapat tiga makhraj khas iaitu pangkal,tengah dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar daripada pangkal halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan khain dank ho terbit daripada hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah, tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Tak,Tho,Jim,Dal,Dzal,Ra Zai,Sin,Syin,Shad,Dhad,Tok, Zha’,Qaf,Kaf,Lam,Nun dan ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar daripadanya ghunnah.

2.2.2 Sifat huruf.

Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih, kuat, lemah dan sebagainya. Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara ketika huruf-huruf dilafazkan samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat huruf ketara kedengaran ialah ketika ia mati berbanding ketika ia berbaris.

Mengikut pendapat yang mashur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim. Ia merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-sifat tunggal ialah sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod ,lin bermaksud lembut , takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro , istitolah bermaksud memanjang dan hurufnya ialah dod, Qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya digabung dalam ungkapan “qutubun jaddun” , Inhiraf bererti melencong dan huruf-hurufnya ialah lam dan ro dan tafassi bererti menghembur dan huruf-hurufnya ialah syin. Sifat yang mempunyai lawan ialah jahar (nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat) lawannya rokhowah (lembut) dan di antaranya tawassut/bayyinah, isti’la (meninggi) lawannya istifal (merendah), itbaq (melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat) lawannya izlaq (tergelincir/lancar).

(20)

12

2.3 HUKUM-HUKUM NUN DAN MIM SAKINAH

Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu dengan huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara) nun sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya terbahagi kepada empat iaitu Izhar, idgham, Ikhfa’ dan iqlab.

Izhar

Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan dalam ungkapan “ ”. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf halkum menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham

Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf bertasydid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan “yarmaluna”. Sebab-sebab bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/ mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang bersekutu pada segala sifat dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf mutaqaribain.Idgham terbahagi dua iaitu idgham tanpa dengung dan idgham dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua huruf yang digabungkan dalam ungkapan “ralla” dan huruf-huruf idgham maal ghunnah digabungkan dalam ungkapan “yumin”.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan ro dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf nun dan mim.

Iqlab

Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta Ikhfa’.(Diikhfa’kan mim kepada ba). Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana

(21)

kedua-13

dua huruf itu mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-duanya.

Ikhfa’

Pada bahasa Ikhfa’ bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasdid serta kekal ghunnah pada huruf pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata “ذش ظطض قثف كدص زجتس”. Sebab-sebab diIkhfa’kan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak berjauhan dan tidak berhampiran dengan makhraj huruf-huruf Ikhfa’. Jadi ia berada di pertengahan di antara izhar dan idgham.

Ikhfa’ mempunyai tiga martabat.

1. Martabat tertinggi iaitu Ikhfa’ kepada huruf to dan ta.

2. Martabat terendah iaitu Ikhfa’ terhadap huruf-huruf “kof” dan “kaf”

3. Martabat pertengahan iaitu Ikhfa’ terhadap huruf-huruf selain daripada huruf-huruf di atas.

2.4 HUKUM TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit manakala tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyyah terbahagi tiga;

1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istila’

2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif ro dan lam. 3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu

huruf-huruf alif lam dan ro.

Hukum huruf alif

Ditebalkan jika sebelumnya huruf istiklak dan ditarkikkan jika sebelumnya huruf-huruf istifal contohnya لاق dan باتف

(22)

14

Hukum lam lafaz jalalah

Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan dibaca tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris dua di hadapan seperti الله ندحا،الله نموق

Hukum huruf Ra’

Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; 1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;

a. berbaris fathah b. berbaris dhommah

c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah

e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang samada

dalam satu kalimah atau kalimah berasingan

g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah

i. ro mati kerana waqaf, huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan huruf sebelumnya berbaris fathah.

j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf sebelumnya berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut; a. berbaris kasrah

b. berbaris kasrah arid (mendatang)

c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah

d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak dalam kalimah berasingan

e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf sebelumnya berbaris kasrah

f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Mad g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Lin h. ro yang dimalahkan

(23)

15

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada kata رصم di dalam surah-surah Yusuf, Yunus dan Zukhruf.

4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam keadaan berikut;

a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf isti’lak yang juga berbaris kasrah contoh قرف

b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf sebelumnya huruf isti’la’ yang juga berbaris sukun رطقلا

c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya mahzufah iaitu pada kalimah رذن ناد رسلاا

2.5 AL-MUDGHAM

Idgham mutamasilain.

Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham ini terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf, lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf-huruf mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.

Idgham mutaqaribain.

Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.

Idgham mutajanasian.

Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara huruf-huruf ta’ sakinah dan dal, ta’ sakinah dan to, ta’ sakinah pada dzal, dal sakinah pada ta’, dzal sakinah pada zho dan tho sakinah pada tak. Idgham mutajanisain dengan ghunnah pula hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba sakinah dan mim.

(24)

16

2.6 AL-MUDUD

Mad

Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah taubah tanpa bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad tersebut terdapat pada kalimah "اهيحون" , manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah yang didahului baris fathah seperti contoh-contoh "فوس ناد سيل" .

Pembahagian mad

Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan "رهط يح". Mad asli kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlaq seperti contoh sebelum ini.

Mad Far’ie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.

(25)

17

Mad wajib muttasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam asim riwayat hafs thoriq Syatibi wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "ءيس ناد ءوس ،ءاس" .

Mad jaiz munfasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam asim riwayat torik syatibi harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf. Contohnya terdapat pada kalimah "مكسفنأ ىفو ،مكعم انإ ولاق ،لزناآمو" .

Mad badal.

Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat hafs Torik Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah

نماء"

"انميإ ناد يتوأ، . jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad

syabih bil badal. Contohnya ialah: .

MAD DISEBABKAN HAMZAH

Mad wajib muttasil

Mad jaiz munfasil

(26)

18

Mad arid lilsukun.

Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Bacaannya harus 2, 4 dan 6 harakat.

Mad lin.

Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Ia harus dibaca 2, 4 atau 6 harakat.

Mad lazim.

Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad silah.

Terjadi ketika membaca wasal pada hak domir yang berada di antara dua huruf berbaris dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila ha’ dhomir mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan ketika waqaf dimatikan hak domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila ha’ dhomir mendahului hamzah. Mengikut riwayat hafs thoriq Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

MAD DISEBABKAN SUKUN

Mad arid lilsukun

Mad lin

Mad lazim

(27)

19

Mad tamkin.

Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasdid dan berbaris kasrah dan ya kedua sukun.

Mad iwadh.

Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2 harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq.

Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam takrif dimasuki hamzah istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffah.

Mad takzim

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "هلإ". Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz munfasil.

Mad tabriah.

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad asli.

2.7 HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’

Waqaf

Waqaf pada bahasa : menahan.

Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.

Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama’

Bahagian Waqaf

(28)

20

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang sebab yang tertentu.

2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.

3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.

4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf, menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna. 2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai

hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari segi makna.

3. waqaf Hasan(berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.

4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak memberi faham akan maknya kerana berhubung kuat deengan kalimah

selepasnya kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

Ibtida’

Makna Ibtida’ pada bahasa : permulaan.

Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’

Hukum Ibtida’ terbahagi dua jenis;

1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang dikehendaki Allah Ta’ala

(29)

21

2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah makna yang dikehendaki.

2.8 Latihan

Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amat-amati bagaimana makhraj dan sifat huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.

Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan Ikhfa’ yang nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf isti’lak.

Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut : mad wajib, mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin dan mad takzim

Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah muzzammil.

Senaraikan waqaf-waqaf jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan Waqaf.

(30)

22

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, pelajar akan menganalisis hukum-hukum tajwid dan memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah-surah yang ditetapkan.

HASIL PEMBELAJARAN KERANGKA TAJUK 3.1 Surah Al-Fatihah 3.2 Surah Al-Zalzalah 3.3 Surah Al-Baiyinah 3.4 Surah Al-Qadr 3.5 Surah Al-‘Alaq 3.6 Surah Al-Tin 3.7 Surah Al-Insyirah 3.8 Surah Al-Dhuha 3.9 Latihan

UNIT 3 AMALI TAJWID

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

I Menganalisis hukum-hukum tajwid yang telah dipelajari yang terdapat di dalam surah-surah yang ditetapkan.

ii Memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah-surah yang ditetapkan.

(31)

23 3.1 Surah Al-Fatihah

ِۡم سِب

ۡ

َِۡللّٱ

ۡ

ِۡن َٰم ح َرلٱ

ۡ

ِۡمي ِح َرلٱ

ۡ

١

ۡ

ُۡد مَح لٱ

ۡ

ِۡ ب َرِۡ َ ِللّ

َۡني ِمَلَٰع لٱ

ۡ

٢

ۡ

ِۡن َٰم ح َرلٱ

ۡ

ِۡمي ِح َرلٱ

ۡ

٣

ۡۡ

ۡ ِم وَيۡ ِكِل َٰم

ِۡنيِ دلٱ

ۡ

٤

ۡ

َۡكاَيِإ

ۡ

ۡ َكاَيِإ َوُۡدُب عَن

ُۡنيِعَت سَن

٥

ۡ

اَنِد هٱ

ۡ

َۡط َٰر ِ صلٱ

ۡ

َۡميِقَت سُم لٱ

ۡ

٦

ۡ

َۡط َٰر ِص

ۡ

َۡنيِذَلٱ

ۡ

ۡ ِر يَغۡ مِه يَلَعۡ َت مَع نَأ

ِۡبوُض غَم لٱ

ۡ

ۡ َلَ َوۡ مِه يَلَع

َۡنيِ لٓاَضلٱ

ۡ

٧

ۡ

3.2 Surah Al-Zalzalah

اَذِإ

ۡ

ِۡتَل ِز ل ُز

ُۡض رَ لۡٱ

ۡ

ۡاَهَلا َز ل ِز

١

ۡۡ

ِۡتَج َر خَأ َو

ُۡض رَ لۡٱ

ۡ

ۡاَهَلاَق ثَأ

٢

ۡۡ

َۡلاَق َو

ُۡن َٰسن ِ لۡٱ

ۡ

ۡاَهَلۡاَم

٣

ۡۡ

ۡاَه َراَب خَأۡ ُثِ دَحُتۡ ذِئَم وَي

٤

ۡ

َۡنَأِب

ۡ

ۡاَهَلۡ ٰىَح وَأۡ َكَب َر

٥

ۡۡ

ۡ ُرُد صَيۡ ذِئَم وَي

ُۡساَنلٱ

ۡ

ۡ مُهَل َٰم عَأْۡا و َرُيِ لۡاٗتاَت شَأ

٦

ۡ

نَمَف

ۡ

ُۡه َرَيۡا ٗر يَخٍۡة َرَذۡ َلاَق ثِمۡ لَم عَي

ۥۡ

٧

ۡۡ

ُۡه َرَيۡا ٗ رَشۡ ة َرَذَۡلاَق ثِمۡ لَم عَيۡنَم َو

ۥۡ

٨

ۡ

3.3 Surah Al-Baiyinah

اَذِإ

ۡ

ِۡتَل ِز ل ُز

ُۡض رَ لۡٱ

ۡ

ۡاَهَلا َز ل ِز

١

ۡۡ

ِۡتَج َر خَأ َو

ُۡض رَ لۡٱ

ۡ

ۡاَهَلاَق ثَأ

٢

ۡۡ

َۡلاَق َو

ُۡن َٰسن ِ لۡٱ

ۡ

ۡاَهَلۡاَم

٣

ۡۡ

ۡاَه َراَب خَأۡ ُثِ دَحُتۡ ذِئَم وَي

٤

ۡ

َۡنَأِب

ۡ

ۡاَهَلۡ ٰىَح وَأۡ َكَب َر

٥

ۡۡ

ۡ ُرُد صَيۡ ذِئَم وَي

ُۡساَنلٱ

ۡ

ۡ مُهَل َٰم عَأْۡا و َرُيِ لۡاٗتاَت شَأ

٦

ۡ

نَمَف

ۡ

ُۡه َرَيۡا ٗر يَخٍۡة َرَذۡ َلاَق ثِمۡ لَم عَي

ۥۡ

٧

ۡۡ

ُۡه َرَيۡا ٗ رَشۡ ة َرَذَۡلاَق ثِمۡ لَم عَيۡنَم َو

ۥۡ

٨

ۡ

ۡ

3.4 Surah Al-Qadr

ۡٓاَنِإ

ۡ

ِۡةَل يَلۡيِفُۡهَٰن ل َزنَأ

ِۡر دَق لٱ

ۡ

١

ۡۡ

ُۡةَل يَلۡاَمَۡكٰى َر دَأۡٓاَم َو

ِۡر دَق لٱ

ۡ

٢

ۡۡ

ۡ يَل

ُۡةَل

ِۡر دَق لٱ

ۡ

ۡ ر هَشِۡف لَأۡ نِ مۡ ٞر يَخ

٣

ۡ

ُۡل َزَنَت

ۡ

ُۡةَكِئ

َٰٓلَم لٱ

ۡ

َۡو

ُۡحو ُّرلٱ

ۡ

ۡ ر مَأِۡ لُكۡنِ مۡمِهِ ب َرِۡن ذِإِبۡاَهيِف

٤

ۡۡ

ِۡعَل طَمۡ ٰىَتَحَۡيِهٌۡمَٰلَس

ِۡر جَف لٱ

ۡ

٥

ۡ

ۡ

3.5 Surah Al-‘Alaq

ۡ أَر قٱ

ِۡۡب

ِۡم سٱ

ۡ

ۡ َكِ ب َر

يِذَلٱ

ۡ

َۡقَلَخ

١

ۡۡ

َۡقَلَخ

َۡن َٰسن ِ لۡٱ

ۡ

ۡ نِم

ۡ

ٍۡقَلَع

٢

ۡۡ

ۡ أَر قٱ

ۡ

ۡ َكُّب َر َو

ُۡم َر كَ لۡٱ

ۡ

٣

ۡۡ

يِذَلٱ

ۡ

ِۡبَۡمَلَع

ِۡمَلَق لٱ

ۡ

٤

ۡ

َۡمَلَع

ۡ

َۡن َٰسن ِ لۡٱ

ۡ

ۡ مَل عَيۡ مَلۡاَم

٥

ۡۡ

ۡ َنِإۡٓ َلًَك

َۡن َٰسن ِ لۡٱ

ۡ

ۡ ٰٓىَغ طَيَل

٦

ۡ

نَأ

ۡ

ُۡهاَء َر

ٰۡٓىَن غَت سٱ

ۡ

٧

ۡۡ

ۡ َكِ ب َرۡ ٰىَلِإَۡنِإ

ٰۡٓىَع ج ُّرلٱ

ۡ

٨

ۡۡ

ۡ َت يَء َرَأ

يِذَلٱ

ۡ

ۡ ٰىَه نَي

٩

ۡ

ااد بَع

ۡ

ۡ ٰٓىَلَصۡاَذِإ

١٠

ۡۡ

ۡىَلَعۡ َناَكۡنِإۡ َت يَء َرَأ

ٰۡٓىَدُه لٱ

ۡ

١١

ۡۡ

ِۡبۡ َرَمَأۡ وَأ

ٰۡٓى َو قَتلٱ

ۡ

١٢

ۡ

َۡت يَء َرَأ

ۡ

ۡ ٰٓىَل َوَت َوۡ َبَذَكۡنِإ

١٣

ۡۡ

ۡ مَلَأ

َۡنَأِبۡمَل عَي

ََۡللّٱ

ۡ

ۡ ٰى َرَي

١٤

ۡ

َۡلًَك

ۡ

ِۡبۡاَۢعَف سَنَلِۡهَتنَيۡ مَلۡنِئَل

ِۡةَي ِصاَنلٱ

ۡ

١٥

ۡۡ

َۡبِذ َٰكۡ ةَي ِصاَن

ۡ ةَئِطاَخٍۡة

١٦

ۡۡ

ُۡهَيِداَنُۡع دَي لَف

ۥۡ

١٧

ۡ

ُۡع دَنَس

ۡ

َۡةَيِناَب َزلٱ

ۡ

١٨

ۡۡ

َۡوُۡه عِطُتۡ َلَۡ َلًَك

ۡ دُج سٱ

ۡ

َۡو

ب ِرَت قٱ

ۡ۩

١٩

ۡ

ۡ

3.6 Surah Al-Tin

ِۡنيِ تلٱ َو

ۡ

َۡو

ِۡنوُت ي َزلٱ

ۡ

١

ۡۡ

ۡ َنيِنيِسۡ ِروُط َو

٢

ۡۡ

ۡاَذ َٰه َو

ِۡدَلَب لٱ

ۡ

ِۡنيِمَ لۡٱ

ۡ

٣

ۡۡ

ۡاَن قَلَخۡ دَقَل

َۡن َٰسن ِ لۡٱ

ۡ

َۡس حَأۡ ٓيِف

ۡ ميِو قَتۡ ِن

٤

ۡ

َۡمُث

ۡ

ُۡه َٰن دَد َر

ۡ َنيِلِف َٰسَۡلَف سَأ

٥

ۡۡ

ۡ َلَِإ

َۡنيِذَلٱ

ۡ

ْۡاوُلِمَع َوْۡاوُنَماَء

ِۡت َٰحِل َٰصلٱ

ۡ

ۡ نوُن مَمۡ ُر يَغۡ ٌر جَأۡ مُهَلَف

٦

ۡ

اَمَف

ۡ

ِۡبُۡد عَبۡ َكُبِ ذَكُي

ِۡنيِ دلٱ

ۡ

٧

ۡۡ

ۡ َس يَلَأ

َُۡللّٱ

ۡ

ۡ ِمَك حَأِب

َۡنيِمِك َٰح لٱ

ۡ

٨

ۡ

ۡ

(32)

24 3.7 Surah Al-Insyirah

ۡ مَلَأ

ۡ

ۡ َك َر دَصۡ َكَلۡ ح َر شَن

١

ۡۡ

ۡ َك َر زِوۡ َكنَعۡاَن عَض َو َو

٢

ۡ

ۡٓيِذَلٱ

ۡ

ۡ َك َر هَظۡ َضَقنَأ

٣

ۡۡ

ۡ َك َر كِذۡ َكَلۡاَن عَف َر َو

٤

ۡۡ

َۡعَمۡ َنِإَف

ِۡر سُع لٱ

ۡ

ۡا ار سُي

٥

ۡ

َۡنِإ

ۡ

َۡعَم

ِۡر سُع لٱ

ۡ

ۡا ٗر سُي

٦

ۡۡ

َۡفۡ َت غ َرَفۡاَذِإَف

ۡ بَصنٱ

ۡ

٧

ۡۡ

َۡفۡ َكِ ب َرۡ ٰىَلِإ َو

بَغ رٱ

ۡ

٨

ۡ

ۡ

3.8 Surah Al-Dhuha

ٰۡىَحُّضلٱ َو

ۡ

١

ۡۡ

َۡو

ِۡل يَلٱ

ۡ

ۡ ٰىَجَسۡاَذِإ

٢

ۡۡ

ۡ ٰىَلَقۡاَم َوَۡكُّب َرَۡكَعَد َوۡاَم

٣

ۡۡ

َۡنِمَۡكَلۡ ٞر يَخُۡة َر ِخٓ لَۡل َو

ٰۡىَلوُ لۡٱ

ۡ

٤

ۡ

َۡف وَسَل َو

ۡ

ۡ َكي ِط عُي

ۡ ٰٓىَض رَتَفۡ َكُّب َر

٥

ۡۡ

َۡفۡا ٗميِتَيۡ َك د ِجَيۡ مَلَأ

ۡ

ۡ ٰى َوا

٦

ۡ

َۡكَدَج َو َو

ۡ

ۡ ٰىَدَهَفۡ ٗ لَٓاَض

٧

ۡۡ

َۡدَج َو َو

ۡ ٰىَن غَأَفۡ ٗلًِئٓاَعۡ َك

٨

ۡ

ۡ

3.9 Latihan

Gunakan pita rakaman audio atau radio syeikh-syeikh qurra’ yang muktabar serta analisis bacaan al-Quran mereka berdasarkan hukum-hukum tajwid yang telah dipelajari

Pratikkan kesemua surah-surah di atas secara talaqqi dan musyafahah bersama tutor masing-masing.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan i. Aplikasi Whatssap

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 30 minit bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ i. Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: i. Surah Al-Fatihah (DT)

ii. Surah Al-Zalzalah (DT) iii. Surah Al-Baiyinah (DT) iv. Surah Al-Qadr (DT)

v. Surah Al-‘Alaq (DT) vi. Surah Al-Tin (DT) vii. Surah Al-Insyirah (DT)

(33)

25 viii. Surah Al-Dhuha (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian

(34)

26

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah konsep-konsep bidang penulisan dan pengumpulan al-Quran dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A. dan zaman Saidina Uthman bin Affan R.A. Seterusnya, kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani termasuk kaedah al-Hazf, al-Ziyadah, ibdal, al-Wasl dan al-Fasl, kaedah penulisan al-Hamzah dan kaedah ma fiihi qiraataini di samping mengetahui kelebihan dan keistimewaan Rasm Uthmani. Akhir sekali, perbincangan tentang kaedah al-Dabt dan nuqat dalam rasm Uthmani serta maksud tanda-tandanya. .

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

4.1 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran 4.2 Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthamani

4.3 Dhabt al-Quran Rasm Uthmani 4.4 Latihan

4.1 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran

UNIT 4 RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

i Menghuraikan Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran

ii Menjelaskan Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani

(35)

27

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. Sebahagian ulama mendefinisikannya sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya.

Dr. Syaaban Muhammad Ismail pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat dalam semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya.

Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada ketika itu.

Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, dapat disimpulkan bahawa Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

Pengertian rasm

Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.

Ilmu Rasm pula ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf penulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara

(36)

28

ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk taufiqiyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

Pembahagian Rasm

Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Rasm Qiyasi / Imla’ie • Penulisan menurut ucapan atau pertuturan.

2. Rasm Istilahi / Uthmani • Penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa keadah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung, atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah. Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Oleh itu, penulisan mashaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat taufiqiyah. Maka, penggunaan tulisan Imla’ie tau Qiyasi tidaklah diharuskan.

Perbezaan Rasm Uthmani Dengan Rasm Imla’i

Terdapat perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy. Perbezaan ini hanyalah pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah. Konsep ini berkait rapat dengan kaedah bahasa Arab.

Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan kaedah bacaan Al-Quran mengikut Qiraat Tujuh.

Sejarah Ringkas Penulisan al-Quran

AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:

a) Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

b) Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.

(37)

29

c) Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.

d) Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

 Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”

 Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:

“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”

 Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan. Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:

“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”

Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril

(38)

30

(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasmi’nya sebanyak dua kali.

Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz / penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, Ai’syah dan Hafsah (isteri Rasullullah). Selain itu, termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Pada masa yang sama, Nabi SAW juga melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.

Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku). Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

• Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).

• Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu).

• Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.

• Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

(39)

31

Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.

Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya. Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah AlMukarramah. Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetulkan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

(40)

32

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tandatanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.

Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat(Imamimam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.

Tahap Penulisan Al-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:

i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (بارعلَاۡ ةطقن ) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad alDuali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin alHakam).

iii. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (ماجعلاۡ ةطقن) yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi,

Referências

Documentos relacionados

Metode yang digunakan dalam menganalisis data pada penelitian ini adalah dengan cara analisa korelasi.Untuk mengukur korelasi antara kelancaran operasional terhadap kinerja

Konsep ini memahami bahawa Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus adalah Tuhan yang Satu tetapi wujud dalam tiga entiti/mod ketuhanan yang mempunyai fungsi dan

Sementara itu, masalah kerja-kerja dialog yang dibangun selama ini yang berlandaskan pada fahaman yang bertentangan dengan keyakinan dan jati diri orang Maluku,

Dengan siklus konversi kas selama 58 hari pada tahun 2006 menjadi 50 hari pada tahun 2007 dan menjadi 44 hari pada tahun 2008, hal ini menunjukkan semakin pendek siklus konversi

Pada Hahnii cream dan Green arrow kadar saponin di akar lebih tinggi dibandingkan dengan kadar yang terdapat di daun, sedangkan pada Hahnii medio picta, Golden hahnii, dan

Penelitian ini bertujuan untuk: (1) mengembangkan konsep CBIR yang berdasarkan warna dan bentuk dengan menggunakan algoritma treshold dan metode logika fuzzy ; (2) analisis

Pada penelitian ini, untuk mengetahui validitas diagnostik dari hasil deteksi antigen virus pada permukaan monosit dengan pemeriksaan immunositokimia menggunakan streptavidin

Lama simpan, jumlah serbuk sari dan pembentukan buah Penelitian ini diawali dengan pembungkusan dan pengamatan bunga betina dalam kantong penyerbukan yang dilakukan 8-10