• Nenhum resultado encontrado

MUTASYABIHAT. Jilid 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "MUTASYABIHAT. Jilid 1"

Copied!
75
0
0

Texto

(1)

1

MUTASYABIHAT

Jilid 1

(2)

2

Rahsia Imam Al-Mahdi

(semoga Allah memperkasakannya di bumi ini)

MUTASYABIHAT

Jilid 1

Edisi pertama

oleh Sayyed Ahmad Al-Hassan

Washi dan Utusan Imam Al-Mahdi AS

Diterjemah dari edisi terjemahan Inggeris, ‘The Allegories’ ke bahasa

Melayu dan diedit dengan merujuk kepada teks asal bahasa Arab,

‘Mutasyabihat’ oleh Ansar Imam Ahmad Al-Hassan AS

Untuk maklumat lanjut dan lain-lain karya oleh Sayyed Ahmad

Hassan

(3)

3

Kandungan

Singkatan yang digunakan dalam terjemahan ini Pendahuluan

Penghargaan

Pertanyaan 1: Bagaimana mengenal Allah dengan Allah?

Pertanyaan 2: Mengapa Ibrahim AS cuma melihat bintang, bulan, dan matahari?

Pertanyaan 3: Mengenai Iblis berbisik kepada Adam, pohon dan aurat? Pertanyaan 4: Mengenai manifestasi Allah SWT pada makluk dan kotoran Pertanyaan 5: Apakah Bismillah dalam Al-Fatihah berbeza dari surah lain Pertanyaan 6: Maksud kata-kata "seluruh Quran di titik"

Pertanyaan 7: Ibrahim AS berkata bintang, bulan, matahari adalah Tuhannya?

Pertanyaan 8: Maksud hadis Qudsi, "... kalau bukan kerana kau ..." Pertanyaan 9: Maksud "... tunggak petunjuk telah dihancurkan." Pertanyaan 10: Maksud kata-kata Imam Ali AS, "Jika hijab diibuka untukku…”

Pertanyaan 11: Tafsiran huruf awal beberapa Surah

Pertanyaan 12: Apakah nama-nama yang Allah SWT ajarkan Adam AS Pertanyaan 13: Apakah maksud firman Allah, "Puasa adalah untukKu ..." Pertanyaan 14: Maksud kata-kata Al-Hussein AS, "Orang yang

mengikutiku"

Pertanyaan 15: Buah yang kita makan tumbuh di tanah yang ada sisa jisim manusia...

Pertanyaan 16: Adakah Iblis dari kalangan malaikat atau Jin?

Pertanyaan 17: Alasan di sebalik pemilihan Nabi, Rasul, dan Imam AS. Pertanyaan 18: Pengertian "Hati" dan "Urat Leher" dari Allah SWT. Pertanyaan 19: Apakah ayat muhkamat dan mutasyabihat?

Pertanyaan 20: Maksud firman Allah SWT, {Celakalah orang yang bersolat}.

Pertanyaan 21: Bolehkah mencium tangan ulama?

Pertanyaan 22: Tentang Musa AS dan pembunuhan lelaki Koptik. Pertanyaan 23: Maksud perkataan Israel dan bintang berbucu enam? Pertanyaan 24: Apakah maksud tujuh pujian?

(4)

4

Singkatan yang digunakan dalam terjemahan: AS salam atasnya/salam atas mereka

( هيلع/اهيلع ملاسلا ~ alaihi assalam) ( نهيلع ملاسلا ~ alaihim assalam) SAAW salam atasnya dan keluarganya

(نلسو هلآو هيلع للها ىلص ~ Salla Allahu alaihi wa alihi wa sallam) SWT Maha Suci dan Maha Tinggi Dia

(ىلاعتو هناحبس ~ sobhanahu wa ta’ala) -Pent. Catatan kaki penterjemah Inggeris {…….} Terjemahan ayat-ayat Al-Quran

(5)

5

Pendahuluan

Dengan nama Allah, Yang Maha Permurah, lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Satu lagi Esa dan Pelindung Abadi, Yang tidak beranak, atau diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang sama sepertiNya.

Segala puji bagi Allah, Yang menciptakan makhluk dan mengutuskan kepada mereka para rasul, dan menjadikan ilmu di dalam Kitab Ilahi sebagai bukti bagi mereka, yang dengannya mereka diperakui oleh sesiapa yang ikhlas niatnya dan berjuang untuk mengetahui kebenaran.

Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan ilmu dari Kitab tersebut khusus untuk mereka yang telah Dia sucikan, dan Dia menyediakan Api Neraka untuk sesiapa yang merampas hak mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dalam keadaan terhina dan diaibkan.

Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan Muhammad dan keluarga Muhammad wasilah untuk kita mendapat keredhaaanNya, dan tidak menjadikan selain mereka jalan keselamatan. Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan wilayah (kesetiaan) kepada mereka sebagai kebaikan yang tidak ada keburukan apa pun dapat merosakkannya, dan Dia telah menjadikan keingkaran terhadap mereka sebagai keburukan yang tidak ada kebaikan apa pun dapat memperbaikinya.

Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan diri mereka sebagai tafsiran daripada Kitab, dan menjadikannya tertutup tanpa pintu buat selain mereka. Diri mereka adalah keadilan bagi Quran dan tafsirannya. Mereka adalah wasi (washi) Rasul dan seruannya. Tempat perlindungan bagi makhluk dan matahari ketika gelap dan singa di medan tempur. Sesiapa yang berpaling dari mereka akan menjadi golongan yang ringan timbangannya.

Ya Allah, shalawat atas mereka setiap kali matahari terbenam dan terbit, dan setiap kali angin bertiup atau berhenti. Ya Allah, selawat atas mereka sebanyak jumlah butiran pasir di bumi, titisan hujan, dedaunan dan semua yang ada di daratan dan laut. Ya Allah, selawat atas mereka sebanyak jumlah nafas makhluk, baik yang berbahasa atau tidak. Selawat atas mereka dengan doa penyucian yang berkekalan, yang mencapaiMu sejak awal dan tidak pernah berakhir. Jadikanlah ia bekalan kami pada hari kami menemuiMu, hari yang ketika itu tidak ada harta atau anak-anak yang dapat memberi manfaat melainkan mereka yang setia pada Ahlul Bait AS dan menolak kesetiaan pada selain mereka AS. Ya Allah, limpahkan setiap selawatMu pertamanya atas datuk mereka Al-Mustafa, dan keduanya atas mereka AS. Janganlah pisahkan kami selama-lamanya dari

(6)

6

mereka, dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berfirman,

{Dia telah menurunkan kepadamu Kitab yang di dalamnya ada ayat yang muhkamat (terang), iaitu Ummul Kitab (Ibu Kitab), dan yang selainnya mutasyabihat (samar-samar). Adapun orang-orang yang di dalam hatinya ada keraguan mereka mengikut apa yang mutasyabihat lalu menimbulkan perselisihan (fitnah) dan mencari tafsirannya. Tidak ada yang mengetahui tafsirannya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya (arrasikhun fil-‘ilm), mereka berkata, Kami beriman dengan apa yang ada di dalamnya; semuanya dari Tuhan kami; dan tidak ada yang mengambil peringatan melainkan orang-orang yang berakal (ulul albab).}1

Nabi dan keluarganya AS menyatakan apa yang mutasyabihat dalam Quran hanya diketahui oleh Rasulallah SAAW dan para Imam dari keturunannya, dan tiada siapa pun yang dapat mengetahuinya melainkan melalui pintu mereka AS.

Abu Jaafar AS berkata,

"Kami adalah arrasikhun fil-‘ilm (orang-orang yang mendalam ilmunya), dan kami tahu tafsirannya."2

Dan Abu Abdullah AS berkata,

"Yang mendalam ilmunya adalah Amirul Mukminin AS dan para Imam daripada anak-anaknya."3

Abu Jaafar AS berkata tentang firman Allah SWT,

"{Dan jika mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri dari kalangan mereka, maka sudah tentu orang-orang yang mengambil dari mereka akan dapat mengetahuinya},4 mereka [Ulil Amri] adalah Imam

Maksum AS."5

1Quran 3:7.

2Wasail Al-Shia Jilid 27 halaman 198. 3Wasail Al-Shia Jilid 27 halaman 179.

4Quran 4:83

(7)

7

Dan terdapat banyak riwayat yang menyatakan perkara yang sama, dan melalui riwayat tersebut jelas bahawa pentafsiran ayat-ayat mutasyabihat merupakan ilmu yang khusus untuk para Imam daripada washi-washi Muhammad SAAW sampai Hari Pengadilan. Tidak ada sesiapa selain mereka memilikinya, melainkan orang yang mengambil dari mereka AS. Malahan seluruh Quran adalah jelas (muhkam) bagi mereka AS dan tidak ada yang samar (mutasyabihat) bagi mereka, kerana yang mutasyabihat tersebut adalah apa yang mengelirukan bagi orang lain, manakala Quran tidak pernah mengelirukan bagi Ahlulbait AS kerana diri mereka adalah tafsirannya setelah Nabi Muhammad SAAW.

Harwal Bin Hamzah meriwayatkan dia mendengar Abu Abdullah AS berkata,

"{Ini adalah ayat-ayat yang jelas di dalam hati orang-orang yang diberi ilmu}6,mereka adalah para Imam secara khusus."7

Oleh kerana itu, seluruh ayat Quran adalah jelas bagi para Imam AS dan tidak ada yang mutasyabihat bagi mereka, itulah sebabnya mengapa tafsiran Quran adalah khusus untuk para Imam AS. Ini kerana selain mereka tidak ada yang tahu (ayat) manakah daripada Quran ini yang mutasyabihat, serta tidak tahu tafsirannya, dan orang yang tidak memiliki apa-apa tidak dapat memberikan apa-apa pun. Dan para Imam menyebutkan perkara ini berkali-kali dalam hadis-hadis mereka, dan mereka memberi amaran tentang pentafsiran Quran berdasarkan pendapat.

Mereka juga menyebutkan bahawa firman Allah SWT tidak seperti kata-kata manusia, oleh kerana itu kata-kata-kata-kata Allah SWT tidak dapat dijangkau oleh manusia. Berikut adalah hadis daripada mereka mengenai perkara ini: Al-Mala Bin Khanis berkata bahawa Imam Abu Abdullah AS menyatakan dalam sebuah surat,

"Sesungguhnya, Quran itu adalah contoh [amsal] bagi orang-orang yang tahu sementara orang lain tidak, dan ia adalah contoh bagi orang-orang yang membacanya sepertimana ia harus dibaca, dan mereka adalah orang-orang yang mengetahui dan mengimaninya. Adapun bagi orang-orang-orang-orang selain mereka, mereka amat keliru dengannya dan ia amat jauh dari jalan hati mereka. Inilah sebabnya Rasulullah SAAW berkata, "Tidak ada yang lebih jauh dari hati manusia selain pentafsiran Quran, dan hal ini [tafsirannya] telah menjadi pertikaian bagi seluruh makhluk selain daripada orang yang dikehendaki Allah,' dan Allah telah membuatnya

6Quran 29:49.

(8)

8

begitu agar manusia memberi perhatian pada pintuNya dan jalanNya, dan supaya mereka menyembahNya dan mentaati ahli kitabNya dan orang yang berbicara dengan perintahNya, dan supaya mereka merujuk pada mereka untuk mengambil apa yang mereka inginkan dari Quran, bukannya merujuk pada diri mereka sendiri,

{Dan jika mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri dari kalangan mereka, maka sudah tentu orang-orang yang mengambil dari mereka akan dapat mengetahuinya}. Tidak ada orang selain mereka yang memiliki ilmu ini selama mana pun. Dan aku mengetahui bahawa tidak tepat untuk seluruh makhluk menjadi ulil amri, kerana jika begitu, mereka tidak lagi mempunyai sesiapa sebagai pengikut untuk diajar tentang perintah Allah SWT, kerana Allah SWT telah menjadikan para wasi sebagai manusia khusus yang mesti diikuti, jadi fahamilah bahawa ini adalah kehendak Allah. Dan jangan sekali-kali membaca Quran dengan pendapatmu, kerana manusia tidak berkongsi ilmu dengannya sepertimana mereka berkongsi dalam perkara lain. Mereka tidak boleh mentafsirnya, kecuali melalui pintunya yang Allah telah ciptakan untuk mereka, maka fahamilah ini, insya Allah. Dan tanyalah perkara ini pada tempat yang betul, dan kamu akan menemuinya, insya Allah. "8

Dan para Imam AS telah menjelaskan kewajiban umat terhadap Quran, apa yang wajib mereka lakukan dan apa yang dilarang. Saad Bin Tharif meriwayatkan Abu Jaafar AS berkata kepada Amru Bin Ubaid tentang ayat, "{Dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, sesungguhnya binasalah dia}9,

maka manusia mesti membaca Quran dalam bentuk sepertimana ia diturunkan, dan jika mereka inginkan tafsirannya, wahai Amru, maka bimbingan adalah melalui kami dan kepada kami."10

Ali AS berkata,

"Takutilah Allah dan jangan mengajar manusia apa yang kamu tidak tahu," dan dia ditanya, "Apa yang harus kami lakukan dengan ayat-ayat yang kami miliki dalam Quran?" Dia AS menjawab, "Orang-orang berilmu dari keluarga Muhammad AS adalah orang yang patut ditanya mengenainya."11

Dan Abu Bashir menyatakan bahawa Abu Abdullah AS berkata,

8Wasail Al-Syiah Jilid 27 halaman 190.

9Al-Quran 20:81.

10Wasail Al-Syiah, Jilid 27, halaman 202. 11Wasail Al-Syiah, Jilid 27, halaman 186.

(9)

9

"Sesiapa yang menafsirkan Quran menurut pendapatnya, jika dia benar [dalam tafsirannya] dia tidak mendapat ganjaran, dan jika dia silap maka dia akan berjalan semakin jauh dari langit."12

Kami juga melihat bagaimana para Imam AS memperkatakan tentang orang yang mengajar manusia, dan mentafsirkan Quran dengan pendapat mereka, seperti Abu Hanifah:

Seorang sahabat Imam Abu Abdullah AS mengatakan,

"Aku berada bersama Abu Abdullah AS, lalu seorang anak muda datang dan menyoalnya tentang suatu perkara, maka Abu Abdullah AS menjawabnya. Maka aku pun kenal anak muda tersebut dan apa yang disoalnya, dan ketika aku pergi ke kota Kufah aku bertemu Abu Hanifah dan aku melihat anak muda yang sama tadi menyoal Abu Hanifah, tetapi dia menjawab berbeza dengan Abu Abdullah AS.

Lalu aku berkata kepadanya, 'Binasalah kamu Abu Hanifah, aku membuat haji pada tahun lalu dan aku bertemu Abu Abdullah AS, dan aku melihat anak muda yang sama tadi bertanya kepadanya tentang masalah ini dan jawapannya berbeza dari apa yang kamu katakan’. Lalu Abu Hanifah berkata, ‘Apa yang Jaafar bin Muhammad [Abu Abdullah] tahu? Aku lebih berilmu daripadanya. Aku menemui ulama dan mendengar dari mereka, sementara Jaafar bin Muhammad adalah ahli suhuf [suhufi], maka aku berkata kepada diriku bahawa aku mesti pergi haji tahun ini sekalipun jika aku terpaksa merangkak, dan ketika aku melihat Abu Abdullah AS aku menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi.

Lalu dia AS tertawa dan kemudian berkata, 'Semoga laknat Allah atasnya, tetapi tentang kata-katanya bahawa aku ini ahli suhuf, dia jujur di situ. Aku telah membaca suhuf Ibrahim dan Musa.' Maka aku bertanya kepadanya, 'Bagaimana Abu Hanifah boleh mendapat suhuf tersebut?’ Pada saat itu, seseorang mengetuk pintu dan beberapa sahabat Abu Abdullah juga sudah hadir, lalu dia AS menyuruh seorang anak muda melihat siapa orang itu dan dia adalah Abu Hanifah. Maka Abu Abdullah AS berkata, ‘Benarkan dia masuk'. Lalu dia masuk dan berkata, ‘Salam atas Abu Abdullah AS’ dan dia AS menjawabnya, dan Abu Hanifah berkata, ‘Adakah kamu mengizinkan aku duduk?’ Maka dia AS terus berbicara dengan sahabat-sahabatnya dan tidak berpaling padanya untuk menjawabnya. Lalu Abu Hanifah meminta izin untuk kali kedua dan ketiga, dan Abu Abdullah AS masih tidak menjawabnya, lalu Abu Hanifah pun duduk tanpa izin, dan ketika dia AS tahu bahwa dia telah duduk, dia AS berpaling kepadanya dan berkata, 'Di mana Abu Hanifah?’ Maka dia berkata, ‘Aku di sini, semoga Allah

(10)

10

meringankan urusan kamu.’ Lalu dia AS berkata, 'Apakah kamu ulama [faqih] orang Iraq?" Dia berkata, 'Ya.' Abu Abdullah AS bertanya,' Dengan apa kamu mengajar mereka?’ Dia berkata, 'Dengan Kitab Allah dan Sunnah nabiNya.' Abu Abdullah AS lalu berkata, 'Wahai Abu Hanifah, adakah kamu mengetahui kitab Allah sepertimana ia seharusnya diketahui? Apakah kamu tahu nasakh dan mansukh? "Dia berkata, 'Ya.' Al-Sadiq AS berkata, ‘Abu Hanifah, kamu mengaku memiliki ilmu ini. Celakalah kamu, kerana Allah tidak memberikan ilmu ini kecuali kepada ahli kitab yang kitab itu telah diturunkan kepadanya, Celakalah kamu kerana ia hanyalah untuk orang yang khusus dari keluarga Nabi kita. Allah tidak mewariskan kamu satu huruf pun dari kitabNya, maka jika kamu benar seperti yang kamu katakan, sedangkan kamu bukan, terangkan tentang firman Allah SWT {Berjalanlah di dalamnya, pada malam dan siang hari dengan aman}13, di

manakah ia di bumi ini?’ Dia berkata, ‘Aku fikir ia antara Mekah dan Madinah.’ Lalu Abu Abdullah AS berpaling kepada sahabat-sahabatnya dan berkata, 'Apakah kamu tahu bahawa ada orang yang dirompak ketika berpergian antara Mekah dan Madinah, dan wang mereka dirampas dan keselamatan mereka juga tidak terjamin, malah mereka dibunuh?’ Mereka berkata, 'Ya.' Lalu Abu Hanifah diam, maka dia AS berkata, ‘Wahai Abu Hanifah, terangkan tentang firman Allah SWT {Siapa yang masuk ke dalamnya aman tenteram}14, di mana ia di bumi ini?' Abu Hanifah berkata,

‘Al-Kaabah.’ Maka dia AS berkata, ‘Apakah kamu tahu Al-Hajjaj bin Yusof menggunakan majanik melawan Ibn Al-Zubair di Al-Kaabah lalu membunuhnya, adakah dia selamat di dalamnya?’ Maka Abu Hanifah diam. Kemudian dia AS berkata, 'Wahai Abu Hanifah, jika sesuatu yang tidak ada dalam Kitab Allah maupun dalam Sunnah dilaporkan kepadamu, apa yang akan kamu lakukan?’ Dia menjawab, 'Semoga Allah meringankan urusanmu, aku akan menggunakan qiyas dan fikiranku,' Maka dia AS berkata, ‘Wahai Abu Hanifah, yang pertama menggunakan qiyas adalah Iblis terlaknat. Dia mengqiyas pada Allah SWT dan berkata: Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api dan menciptakan dia [Adam] daripada tanah.’ Lalu Abu Hanifah diam. Kemudian dia AS berkata, 'Wahai Abu Hanifah, mana yang lebih kotor, air kencing atau janabah?’ Dia menjawab, 'Air kencing’. Dia AS berkata, ‘Manusia hanya diwajibkan untuk mandi kerana janabah, bukan kerana kencing.' Maka Abu Hanifah diam. Dia AS berkata, ‘Wahai Abu Hanifah, mana yang lebih utama, puasa atau solat?’ Dia berkata, 'solat’. Maka dia AS berkata, ‘Lalu mengapa wanita yang haid wajib mengqadha puasanya tetapi tidak solatnya?’ Maka Abu Hanifah diam.’15

13Al-Quran 34:18.

14Al-Quran 3:97.

(11)

11

Zaid bin Al-Shahham meriwayatkan bahawa Qotada bertemu Abu Jaafar AS, dan dia AS berkata,

"Qotada, adakah kamu ulama orang Basrah?’ Dia menjawab, "Begitulah yang mereka kata.’ Maka Abu Jaafar AS berkata, ‘Aku mendengar bahawa kamu mentafsirkan Quran.’ Dia berkata, ‘Ya,’ lalu Abu Jaafar AS berkata, ‘Celakalah kamu Qotada! Jika kamu mentafsirkan Quran sendiri, maka kamu dan orang lain telah binasa, keduanya akibat tanganmu. Jika kamu mentafsirkannya dengan mengambil ilmu daripada orang lain, maka kamu dan orang lain telah binasa, keduanya akibat tanganmu sendiri. Celakalah kamu Qotada! Yang mengetahui Quran adalah mereka yang kepadanya Quran telah berbicara.’16

Dari kisah dan riwayat tersebut kita mendapat kepastian bahawa tidak mungkin ada orang yang boleh mengajar atau mentafsirkan Quran berdasarkan fikiran, kerana bukan daripada kalangan orang yang mengenali ayat muhkamat daripada mutasyabihat serta nasakh dan mansukh dalam Quran. Dan kita mendapat kepastian bahawa ilmu ini adalah khusus untuk zuriat maksumin yang merupakan khalifah dari Rasul SAAW hingga hari pengadilan [yaum al-qiamah], mereka adalah para Imam dan para Mahdi AS.

Dan sebahagian daripada hikmah di sebalik pengkhusuan ilmu tentang mutasyabihat kepada hujjah yang maksum adalah untuk mengenali maksumin dan keperluan untuk mentaatinya kerana tidak ada pintu untuk mengetahui Quran selain daripada mereka AS dan supaya Imamah yang sebenar tidak boleh didakwa oleh sembarang orang, kerana sesiapa yang melakukannya akan mendapati dirinya berada di lautan yang dipukul ombak, serta pertentangan dan kekeliruan dalam pentafsiran Quran akan menjadi sangat terang seperti api di atas bendera, dan menjadi jelas bagi mereka yang mempunyai hati yang memahami.

Amirul Mukminin AS mengatakan dalam jawapannya terhadap seorang zindiq yang menyoalnya tentang ayat-ayat mutasyabihat dalam Al-Quran, "... Dan Allah telah menjadikan orang yang khusus untuk ilmu tersebut, dan Dia mewajibkan para penyembah untuk mematuhi mereka dalam firmanNya, {Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri daripada kalangan kamu}, dan dalam firmanNya, {Dan jika mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri dari kalangan mereka, maka sudah tentu orang-orang yang mengambil daripada mereka akan dapat mengetahuinya}. Dan firman-Nya {Takutilah Allah dan tetaplah bersama

(12)

12

orang-orang yang benar}17, dan firmanNya, {Tidak ada yang tahu

tafsirannya kecuali Allah dan orang yang mendalam ilmunya}, dan dalam firmanNya,

{Masuklah rumah dari pintunya}18. Dan rumah itu adalah rumah ilmu di

mana para nabi telah menempatkan ilmu mereka, dan pintunya adalah para wasi nabi, maka setiap perbuatan baik yang dilakukan tanpa kesetiaan kepada para wasinya serta peraturan, hukum, dan Sunnah selain daripada mereka tidak diterima. Orang-orang yang berbuat demikian adalah kafir, sekalipun mereka kelihatan beriman. Allah SWT membahagikan firmanNya kepada tiga bahagian; Dia menjadikan sebahagian yang diketahui oleh orang yang bodoh dan berpengetahuan, dan Dia menjadikan sebahagian lagi yang tidak dapat diketahui melainkan dariNya melalui pemikiran yang jernih dan perasaan yang baik dan peribadi yang benar yang mempunyai hati yang terbuka untuk Islam, dan sebahagian lagi yang tidak diketahui selain Allah, malaikatNya, dan mereka yang mendalam ilmunya. Dan Dia SWT telah menjadikannya sedemikian supaya tidak ada orang yang batil dapat mengambil warisan Nabi Allah SAAW dan mengaku ilmu tentang Kitab ini melainkan orang-orang yang telah dianugerahi Allah SWT, demi kepentingan untuk memimpin manusia agar mereka mengikuti orang-orang yang berhak terhadap mereka, dan merasa amat bertuah untuk mentaatinya."19

Diriwayatkan bahawa terdapat suatu pentafsiran Quran bagi setiap zaman, dan tidak ada yang mengetahui tafsiran ini kecuali Imam Hujjah yang dilantik oleh Allah SWT.

Ishak Bin Ammar mengatakan bahawa dia mendengar Abu Abdullah AS berkata,

"Al-Quran memiliki tafsirannya, sebahagian telah terjadi dan sebahagian belum. Maka apabila tafsirannya terjadi pada zaman salah satu daripada para Imam, maka Imam zamannya mengetahui tafsirannya."20

Jelas, dari riwayat-riwayat tersebut bahawa pentafsiran Quran pada zaman kezuhuran hanya diketahui oleh Imam Mahdi AS atau orang yang mempunyai hubungan langsung dengannya dan mempelajari ilmu tersebut daripadanya AS. Oleh kerana itu kita tahu bahawa Imam Mahdi AS atau orang yang berhubung dengannya mengetahui cara untuk memahaminya berbanding seluruh ulama mengenai ilmu tentang

17Al-Quran 9:119.

18Al-Quran 2:189.

19Wasail Al-Syiah Jilid 27 halaman 194.

(13)

13

ayat mutasyabihat dan hukam-hakam dalam Quran, sama seperti datuk-datuknya yang membuktikan Imamah mereka melalui ilmu yang khusus untuk mereka AS ini.

Oleh kerana itu, mereka yang menentang seruan ini dan yang mengaku sebagai ulama rujukan [marja’iyah] mesti menilai Ahmad Al-Hassan mengenai ilmu suci ini. Jika mereka gagal melakukannya atau tidak mengendahkannya, maka kebenaran Sayyid Ahmad Al-Hassan terbukti, dan sesungguhnya beliau AS adalah wasi dan utusan Imam Mahdi AS kerana ilmu tersebut tidak dimiliki melainkan oleh para washi Muhammad Rasulullah SAAW sebagaimana disebut dalam hadis-hadis yang telah dinyatakan.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Semoga Salam dan ShalawatNya dilimpahkan atas Muhammad dan keluarganya, para Imam, dan para Mahdi.

Sheikh Nazhim Al-Oqaili 1429 Hijrah

(14)

14

Penghargaan

Untuk ayahku, tuan-ku dan maulaku Amirul Mukminin Ali AS Untukmu, yang dikasihi,

Untukmu, yang tertindas dan dicerobohi hak-haknya

Untukmu, yang tidak menemukan siapa pun untuk menerima ilmunya Untukmu yang berkata, "Beginilah ilmu pupus, dengan kematian

ahli-ahlinya"

Untukmu yang berkata, "Demi Allah, jika ada orang yang memahami kata-kataku, aku akan mengajar: ahli Injil dengan Injil mereka, dan ahli Taurat oleh Taurat mereka, dan ahli Quran dengan Quran mereka"

Untukmu, aku dedikasikan barang yang tak seumpamanya ini Maka limpahi kami dan kurniakanlah kami amal kebajikanMu, kerana Engkau sesungguhnya mengasihi orang yang melakukan amal

(15)

15

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam, Pemilik Kekuasaan, Yang menetapkan peredaran langit dan bintang, mengawal angin, menerbitkan fajar, dan mentadbir agama, Tuhan semesta Alam. Segala puji bagi Allah dari setiap sesuatu yang kerana takut padaNya, langit dan penghuninya bergegar, dan bumi dan gunung-ganang bergegar, dan lautan dan apa sahaja yang berenang di kedalamannya bergelora.

Ya Allah, Selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang bergerak di kedalaman yang luar biasa. Sesiapa yang menaikinya selamat, dan sesiapa yang meninggalkannya tenggelam. Sesiapa yang mara tanpa mereka murtad, dan sesiapa yang tertinggal di belakang mereka akan lenyap, dan sesiapa yang mematuhi mereka akan selamat.

---oo0oo---

Pertanyaan 1: Bagaimana kita mengenal Allah dengan Allah?21

Ia bererti mengenal Allah SWT dengan Allah pada makhluk, iaitu Imam Al-Mahdi AS. Beliau AS adalah manifestasi [tajalli] dan penampilan [dzuhur] Allah pada makhluk, bermakna manifestasi dan penampilan Kota Kesempurnaan Ilahi pada makhluk.

Dalam erti kata lain, manifestasi dan penampilan nama-nama Allah Yang Maha Suci pada makhluk, kerana dia AS adalah wajah Allah SWT yang dengannya Dia SWT memandang ciptaanNya. Oleh itu, sesiapa yang ingin mengenal Allah SWT mesti mengenali Imam Al-Mahdi AS.22

Pertanyaan 2: Mengapa Ibrahim AS hanya melihat sebuah bintang, bulan,

dan matahari?

21Pertanyaan ini seperti berkaitan dengan kata-kata Imam Ali: "Kenali Allah dengan Allah, dan Rasul dengan Risalahnya, dan Ulil Amri dengan pelaksanaan kebaikan, keadilan, dan ihsan..." Al-Kafi, Jilid 1 halaman 85; Tauhid oleh Sheikh Saduq, halaman 285-286.

22 Hal ini telah disebutkan dalam hadis-hadis dari Ahlulbait AS. Diriwayatkan

dalam Al-Ziyarah Al-Jami‘ah, "... Sesiapa yang menginginkan Allah bermula dengan kalian [Ahlul Bait]; melalui kalian Allah mendedahkan para pendusta, dan melalui kalian Allah menolak kurun kezaliman." Buraid Al-Ajali berkata: Aku mendengar Imam Abu Jaafar AS berkata, "Menerusi kami Allah disembah, dan menerusi kami Allah dikenali, dan menerusi kami Allah SWT diEsakan, dan Muhammad adalah hijab Allah SWT." Al-Kafi, Jilid 1 halaman 145.

(16)

16

Matahari adalah Rasulullah SAAW, bulan adalah Imam Ali AS23, dan

bintang adalah Imam Al-Mahdi AS24. Matahari, bulan, dan bintang di alam

Malakut25 [al-malakut] adalah manifestasi Allah pada makhluk. Maka itu,

mereka kelihatan sama pada Ibrahim AS tetapi setiap satu darinya pada batasnya sendiri. Dan Muhammad, Ali dan Al-Qaim AS, khususnya, adalah manifestasi kesempurnaan Allah pada makhluk dalam kehidupan dunia ini; kerana mereka adalah pengutus dan bukan setakat yang diutuskan sahaja.

23 Diriwayatkan dari Abu Bashir bahawa dia bertanya Abu Abdullah AS tentang firman Allah, {Demi matahari dan sinarnya}. Maka Abu Abdullah AS berkata, "Matahari adalah Muhammad SAAW, melaluinya Allah menjelaskan agama kepada manusia." Lalu aku berkata, {Demi bulan yang mengikutinya [matahari]}. Dia berkata, "Itu adalah Amirul Mukminin AS." Lalu aku berkata, {Demi siang yang menunjukkannya]}. Maka dia AS berkata, "Itu adalah para Imam dari keturunan Fatimah AS, yang meminta Rasulullah SAAW menjelaskan kepada sesiapa yang memohon. Maka Allah menyebutnya lalu Dia berfirman, {Demi siang yang menunjukkannya}. Aku berkata, {Demi malam yang menutupinya]}. Dia AS berkata, "Mereka adalah para pemimpin penindas yang secara tidak adil telah mengambil perkara tersebut tanpa keluarga Muhammad SAAW. Mereka mengambil pemerintahan yang telah ditentukan untuk keluarga Rasulullah SAAW. Mereka menutup agama Muhammad SAAW dengan penindasan dan kezaliman. Maka Allah SWT berfirman, {Demi malam yang menutupinya]}. Lalu dia AS berkata, "Kegelapan malam yang menutupi cahaya siang ... " Bihar Al-Anwar, Jilid 24 halaman 70. Juga diriwayatkan Ibnu Abbas menyatakan Rasulullah SAAW berkata, "Aku umpama matahari di antara kamu, dan Ali

bagaikan bulan. Maka jika matahari tiada, ambillah petunjuk dari bulan". Bihar Al Anwar, Jilid 24 halaman 76.

24 Jika Imam Al-Mahdi AS digandingkan dengan Rasulullah SAAW, Imam Ali AS, Fatimah Al-Zahra AS, Al-Hasan AS dan Al-Hussein AS, maka beliau AS adalah bintang yang bersinar terang. Diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq AS dari bapanya [Imam al-Baqir] dari bapa-bapanya AS dari Amirul Mukminin AS berkata, "Rasulullah SAAW berkata, "Ketika aku dinaikkan ke langit, Tuhanku SWT memberi isyarat…” sampai dia berkata, "... maka Dia SWT berfirman: ‘Angkatlah kepalamu,' lalu aku mengangkat kepalaku dan mendapati aku bersama cahaya-cahaya Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Hussein, Ali bin Al-Hussein, Muhammad bin Ali, Jaafar bin Muhammad, Musa bin Jaafar, Ali bin Musa, Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Hassan Al-Qaim; dan Al-Qaim berada di tengah-tengah mereka, seolah-olah dia sebuah bintang yang bersinar terang. Aku berkata, 'Ya Rabb, siapakah mereka ini?’. Dia SWT berkata, ‘Mereka adalah para Imam, dan ini adalah Al-Qaim yang menghalalkan apa yang telah Aku halalkan, dan mengharamkan apa yang telah Aku haramkan. Melaluinya, Aku membalas musuh-musuhKu. Sungguh, dia adalah kedamaian bagi wali-wali-Ku [awliya‘ani] dan dia adalah penyembuh hati para pengikutmu [syi’atuka] dari para penzalim, penindas, dan orang-orang kafir ...’ ". Kamal Al-Din wa Tamaam Al-Nima, halaman 252.

(17)

17

Juga kerana MUHAMMAD SAAW adalah pemilik pembukaan yang jelas [shahib al-fath al-mubin], dan telah terbuka baginya seperti mata jarum, dan disingkapkan padanya sesuatu dari hijab Ilahiah, sehingga dia SAAW melihat beberapa tanda kebesaran Tuhannya26. Dan dia adalah Kota

Ilmu27, dan Kota Ilmu tersebut adalah gambaran dari Kota Kesempurnaan

Ilahi atau Dzat Ilahiah.

Adapun ALI AS, kerana dia adalah pintu ke Kota Ilmu dan dia AS juga sebahagian daripadanya, maka dengan itu setiap yang mengalir keluar dari Kota tersebut mengalir melaluinya. Maka Muhammad SAAW adalah manifestasi Allah SWT, dan nama Allah SWT pada makhluk, dan Ali disentuh oleh Dzat Allah.28 Maka apabila Muhammad tidak ada―dan tidak

ada yang kekal selain Allah Yang Esa, Maha Penakluk pada setiap saat―maka Ali AS menjadi manifestasi Allah SWT pada makhluk, dan Fatimah AS bersama dengannya. Dan dia [Fatimah AS] adalah istimewa kerana merupakan sisi dalaman [batin] bulan, dan sisi luaran [zahir] matahari. Oleh kerana itu Ali AS berkata,

"Sekiranya hijab disingkap untukku, keyakinanku tidak akan bertambah,"29

kerana sekalipun hijab tidak disingkap untuknya, dia AS tetap berada pada kedudukan [maqam] orang yang telah disingkapkan hijab tadi.

Adapun Al-Qaim AS, dia adalah manifestasi nama Allah SWT, hidup sebelum kesyahidannya dengan sepenuh kehidupan dan pengabdian yang sempurna sifat dan keikhlasannya. Doanya berkekalan pada takwanya, dan ketakwaannya berkekalan pada doanya, seolah-olah ibadahnya kepada Allah SWT tidak pernah berkurang. Ini kerana dialah yang duduk di atas takhta [al-‘arasy] pada Hari Pengadilan [yaumiddin], yang merupakan Hari Kiamat Kecil, dan termaklum dalam Quran. Dan dia AS juga adalah Pemerintah [Hakim] atas nama Allah SWT di atas bangsa-bangsa pada hari tersebut, kerana dia menjadi cermin yang memantulkan

26Diriwayatkan dari Imam Al-Sadiq AS dalam hadis mi’raj, …hingga dia berkata… "maka dia [Muhammad SAAW] melihat pada sesuatu yang seumpama mata jarum dari apa yang Allah kehendaki dari Cahaya Keagungan. Lalu Allah SWT berfirman, ‘Wahai Muhammad.’ Dan dia berkata, 'Labbaik Rabbi.’ "Dia berkata, ‘... ' ". Al-Kafi, Jilid 1 halaman 443.

27 Diriwayatkan dari Rasulallah SAAW dalam hadis terkenal, "Aku adalah Kota

Ilmu, dan Ali adalah pintunya ..."

28 Tafsiran ini menjelaskan ucapan Rasulallah SAAW tentang hak Amirul

Mukminin AS, “Jangan menghina Ali kerana dia telah disentuh oleh Dzat Allah." Al-Ghadir oleh Syeikh Al-Amini, Jilid 10 halaman 213.

(18)

18

Dzat Ilahi pada makhluk dan Pemerintah [Hakim], maka dia AS adalah Allah pada makhluk. Maka itu kata-kata Imam AS adalah kata-kata Allah, hukumnya adalah hukum Allah, dan pemerintahan Imam AS adalah pemerintahan Allah SWT. Maka pada hari tersebut firman Allah dalam Surat Al-Fatihah,

{Pemerintah bagi Hari Pengadilan}, menjadi benar. Dan pada hari itu Imam AS adalah mata Allah, lidah bicara Allah, dan tangan Allah.30

---oo0oo---

Pertanyaan 3:

A) Dimaklumi bahawa Iblis dilarang berada di Syurga kerana keingkarannya untuk sujud kepada Adam AS. Lalu bagaimana ia boleh masuk ke Syurga, dan berbisik kepada Adam, dan mendorongnya makan dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT? Kata-kata Iblis kepada Adam menunjukkan bahawa ia ada bersamanya di Syurga, kerana ia menunjuk ke pohon tersebut dengan menggunakan kata ganti ‘ini’, yang menunjukkan ia ada bersama orang yang bercakap dengannya.

B) Buah dari pohon apakah yang Adam AS makan darinya?

C) Apakah aurat Adam dan Hawa terbuka tanpa pakaian, lalu setelah mereka makan dari pohon tersebut mereka tersedar tentang aurat mereka dan menutupnya dengan daun-daun di Syurga? Dengan daun apa mereka menutup diri mereka?

Untuk menjawab soalan-soalan ini satu pendahuluan diperlukan iaitu: Sesungguhnya Adam AS diciptakan dari tanah, bererti dari dunia ini. Namun dia bukan sentiasa berada di bumi, sebaliknya dia juga naik ke

30 Imam Shadiq AS menyatakan dalam satu ucapan panjang kepada

Al-Mufadhal bin Omar, "..., Wahai Al-Mufadhal, Al-Qaim AS akan menyandarkan belakangnya pada Al-Kaabah dan menghulur tangannya keluar yang kelihatan putih tanpa cacat. Dia kemudian mengatakan, 'Ini adalah tangan Allah, [ia] dari Allah dan dengan perintah Allah.’ Setelah itu dia akan membaca ayat: {Sesungguhnya, mereka yang berbaiah denganmu, berbaiah dengan Allah; tangan Allah berada di atas mereka. Maka sesiapa yang melanggar [janjinya] hanya merugikan dirinya sendiri}. [Al-Quran 48:10] ... " Bihar Al-Anwar, Jilid. 53 halaman 8.

(19)

19

puncak langit dunia, iaitu langit pertama atau hampir ke pintu langit kedua, dan ia adalah Syurga Malakut [al-jannah al-malakutiyah], atau seperti dalam hadis Ahlulbait AS,

"Dia diletakkan di Pintu Syurga, iaitu Syurga Malakut, lalu diinjak oleh malaikat."31

Dan mi’raj [kenaikan] tanah Adam ini adalah perlu supaya tanahnya disinari cahaya Tuhan dan untuk mengapungkannya. Dan ketika Allah meniupkan roh ke dalam jasad Adam untuk pertama kalinya jasadnya adalah lembut ringan, menikmati Syurga Bendawi Jasmaniyah [al-jannah al-madiyah al-jasmaniyah], tidak ada kegelapan di syurga itu yang memerlukan pengeluaran lebihan atau kotoran dari tubuh Adam AS.

Adapun roh Adam AS, ia telah menikmati Syurga Malakut32,atau

Syurga-Syurga Malakut, kerana ada beberapa:

{Taman-taman, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.}33

Syurga Jasmani [al-jannah al-jasmaniyah] dan Syurga Malakut [al-jannah al-malakutiyah] ini adalah dua perkara yang disebutkan dalam Surat Al-Rahman:

{Maka bagi orang yang takut saat mengadap Tuhannya dua syurga... yang ada berbagai pohon dan buah-buahan}34, dan juga,

{Dan selain dua [syurga] itu, ada dua syurga lagi... keduanya hijau tua}35.

Dan kenaikan Adam AS ini adalah kenaikan manifestasi [tajalli] dan bukan kenaikan lokasi36. Jadi Adam bukanlah tidak berada di bumi jasmani

31Qishasul Anbiya’ oleh Sayed Nimatullah Al-Jazairi, halaman 55.

32Perkara ini tidak menghairankan kerana tubuh Ali bin Abi Talib AS berada di

sisi manusia di alam jisim ini sementara rohnya berada di langit-langit Malakut [malakut al-samawat] sepertimana yang dia AS jelaskan dalam ucapan sebelum kesyahidannya: "Sesungguhnya, tubuhku adalah jiran kalian selama hari-hari ini, maka setelah aku mati, kalian akan melihat sebujur jasad mati, kaku tanpa gerak, dan bisu tanpa suara.” Nahjul Balaghah, Jilid 2 halaman 34.

33Al-Quran 2:25

34Al-Quran 55: 46, 48 35Al-Quran 55: 62, 64

36Kenaikan fizikal [al-tajafi] adalah pergerakan sesuatu objek dari tempatnya setelah ia berada di dalamnya. Tetapi manifestasi [tajalli] adalah penampilan beserta dengan kekalnya hakikat sesuatu yang dipantulkan dan tidak berubah keadaannya. Ini akan dijelaskan lebih lanjut kemudian.

(20)

20

ardh al-jasmaniyah] yang kita hidup ini, bahkan dia ada di bumi, dan sekiranya dia tidak wujud di bumi, dia pasti mati.

Oleh kerana itu, Adam AS hidup di dunia ini dengan tubuh yang lembut ringan pada awalnya, tetapi dia kemudiannya kembali mampat atau memberat semula di bumi ini, [tempat] dia dinaikkan dahulu kerana mengingkari Tuhan SWT.

---oo0oo---

B) Pohon yang Adam AS makan buahnya adalah gandum, epal, tamar, ara, dan lain-lain dan semua ini adalah Pohon Ilmu dari keluarga Muhammad AS37.Buah-buahan ini di alam yang lebih tinggi yang melambangkan Ilmu.

Dan

---oo0oo--- C) Allah SWT berfirman,

{Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik}38.

Pakaian yang telah dicabut dari Adam dan Hawa adalah Pakaian Takwa. Di alam yang lebih tinggi yang mereka hidup sebelumnya, aurat ini ditutup oleh takwa. Ini kerana ketakwaan menjadi pakaian yang menyelimuti tubuh manusia di alam tersebut.

Apabila Adam AS dan Hawa AS melanggar perintah dan makan dari pohon yang diberkati ini, iaitu pohon Ilmu Keluarga Muhammad SAAW yang menimpakan kemurkaan atas sesiapa yang memakannya tanpa izin Allah SWT, maka pakaian takwa mereka terlucut, lalu aurat mereka pun kelihatan pada mereka.

Adapun daun-daun syurga yang mereka ambil untuk menutup diri mereka,

37Dalam tafsir Imam Al-Hasan Al-Askari AS dikatakan: {Dan janganlah kamu dekati pohon ini}, "… Pohon Ilmu yang hanya khusus untuk Muhammad dan keluarganya, bukan untuk selainnya. Tidak seorang pun boleh mengambilnya atas perintah Allah, kecuali mereka AS. Buah dari pohon ini adalah untuk Nabi SAAW, Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussein AS, setelah mereka memberi makan kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan) sehingga mereka AS tidak lagi berasa lapar, haus, penat atau letih. Dan ia berbeza dari semua pohon lain di Syurga. Setiap pohon di syurga mengeluarkan sejenis buah, tetapi pohon ini dan familinya membuahkan anggur, zaitun, kurma, dan semua jenis buah-buahan lain... " Bihar Al-Anwar: Jilid 11, halaman 189.

(21)

21

itu adalah agama; daun-daun hijau ini di alam yang lebih tinggi merupakan agama. Dan daun-daun yang Adam AS dan Hawa AS tutupkan diri mereka ini adalah istighfar dan memohon keampunan dari Allah dengan hak ‘Mereka yang Diselimuti’ AS [Ashabul Kisa’], yang nama-nama mereka tertulis di kaki Arasy39 dan dibaca oleh Adam AS.

---oo0oo---

A) Syurga yang Iblis (Allah melaknatnya) dilarang masuk adalah Syurga Malakut jannah al-malakutiyah] dan juga Syurga Duniawi ini [al-jannah al-malakiyah], akan tetapi Adam AS berada di semua alam

duniawi [al-‘awalim al-malakiyah]. Maka itu Iblis (Allah melaknatnya)

berbisik kepada Adam yang wujud di alam-alam duniawi, yang tidak termasuk Syurga Dunia ini40.

Adapun Iblis (Allah melaknatnya) yang menunjuk ke arah pohon itu seolah-olah ia ada di sampingnya, ini kerana buah-buahan dari pohon

39 Mufaddal bin Omar mengatakan bahawa Abu Abdullah AS berkata, "... Maka

ketika Allah SWT menempatkan Adam dan isterinya di Syurga, Dia SWT berkata kepada mereka, {makanlah darinya apa sahaja yang kamu kehendaki dan janganlah kamu dekati pohon ini}, iaitu pohon gandum, {maka kamu akan menjadi orang yang zalim}. Lalu mereka [Adam dan Hawa] memandang kedudukan [manzilah] Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hasan, Al-Hussein dan para Imam setelah mereka AS dan mendapati manzilah mereka paling mulia di Syurga. Mereka berkata, 'Wahai Tuhan kami, manzilah siapakah ini?' Maka Allah SWT berkata, "Angkatlah kepalamu ke arah kaki Arasy,’ lalu mereka mengangkat kepala dan melihat nama Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hasan, Al-Hussein dan para Imam AS tertulis di kaki Arasy dengan Cahaya Allah SWT… Maka ketika Allah SWT ingin menerima taubat mereka, Jibrail AS datang kepada mereka dan berkata, 'Kamu berdua telah menzalimi diri kamu kerana mengingini manzilah (kedudukan) orang-orang yang lebih utama ke atas kamu, maka balasannya kamu harus turun [jauh] dari sisi Allah SWT ke bumiNya. Maka mohonlah Tuhanmu, dengan hak nama-nama tersebut yang kamu telah lihat di kaki Arasy, agar taubatmu diterima.’ Maka mereka AS berkata, ‘Wahai Tuhan kami, kami memohon kepadaMu dengan hak mereka yang telah Engkau muliakan: Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hasan, Al-Hussein dan para Imam AS, agar Engkau terima taubat kami dan mengasihani kami.’ Lalu Allah SWT menerima taubat mereka. Sesungguhnya Dia SWT Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang ..." Maani Al-Akhbar, oleh Sheikh Al-Saduq: halaman 108, Hadis 1.

40Di sini, Sayyid Ahmad Al-Hasan AS jelas membezakan antara alam duniawi dan Syurga, atau Syurga-syurga duniawi [al-jinan al-malakiyah] Iblis dilarang dari berada di pintu Syurga, lalu berbisik kepada Adam AS di dalam alam duniawi [al-‘awalim ad-dunyawiyah] ini, bukan di dalam dunia Malakut [malakut ad-dunya], atau sedikit kebawah pada Langit Pertama.

(22)

22

tersebut di dunia ini merupakan penampilan dan manifestasi Ilmu Keluarga Muhammad AS.

Maka epal, gandum dan ara ini adalah barakah Ilmu Keluarga Muhammad SAAW, "melalui mereka kamu diberikan rezeki"41, seperti disebut dalam

doa42 yang diriwayatkan daripada mereka AS.

---oo0oo---

Pertanyaan 4: Jika Allah SWT ada di setiap tempat dan zaman, dan Dia

hadir [mutajalli] dalam setiap benda yang wujud, bagaimana mungkin dijelaskan bahawa Dia SWT wujud dan hadir pada sesuatu yang najis? Perlu diketahui manifestasi Allah dalam semua benda yang wujud bukan bererti Dia menjadi sebahagiannya atau Dia berada di dalamnya, sebaliknya ini bererti bahawa tidak ada ciptaan yang wujud melainkan dengan Allah, dan tidak mungkin ia muncul tanpa cahaya Allah, sama ada yang wujud itu sesuatu yang paling dekat atau paling jauh dariNya SWT. Dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.

Kenyataan cahaya matahari wujud di bumi tidak bererti matahari berada di bumi, dan kenyataan bahawa kita melihat segala sesuatu di bumi ini dengan cahaya matahari tidak bererti cahaya matahari tadi menetap di atas bumi. Sebaliknya, matahari hadir di bumi dalam satu cara atau selainnya, dan mempengaruhi setiap yang wujud di bumi dalam satu cara atau selainnya, apabila cahaya dan pengaruhnya meliputi bumi dan lain-lain. Kehadiran cahaya matahari pada kotoran dan kita melihatnya dengan mata kita, tidak bererti cahaya matahari menjadi najis disebabkan sesuatu yang kotor tadi atau [tercemar] apabila cahayanya menyentuhnya.

Untuk penjelasan lebih lanjut, SAYA KATAKAN: Sesungguhnya makhluk-makhluk yang wujud ini terdiri daripada cahaya yang memiliki kegelapan

41Dipetik dari doa Imam Al-Baqir AS yang diriwayatkan oleh Al-Kulaini dalam kitab Al-Kafi: Jilid 2, halaman 244, bahawa Abu Abdullah AS berkata,

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami dalam bentuk terbaik dan Dia menjadikan kami mataNya di antara para pengabdiNya, lidah bicaraNya bagi ciptaanNya, tangan pengasih dan penyayangNya bagi pengabdiNya, wajahNya yang darinya Dia dicari, pintuNya yang menuntun kepada perbendaharaanNya di langit dan bumi-Nya. Melalui kami [Ahlul Bait] pohon-pohon berbuah, buah-buahan ranum, dan sungai mengalir. Melalui kami hujan turun dari langit dan rumput tumbuh. Melalui ibadah kami Allah disembah. Dan jika bukan kerana kami, Allah tidak disembah". Al-Kafi: Jilid 1, halaman 144.

(23)

23

di dalamnya, atau pun kegelapan yang memiliki cahaya di dalamnya, mengikut mana yang menguasai, kegelapan atau cahaya. Dan setiap makhluk yang wujud memiliki kedudukan [maqam] yang tetap tanpa perubahan, kecuali makhluk yang diuji seperti Manusia dan Jin. Dan kedua-duanya, masing-masing mempunyai pilihan untuk menjadi lebih dekat dengan cahaya, dengan mentaati Allah SWT sehingga ia menjadi cahaya yang memiliki beberapa sisi kegelapan di dalamnya, masing-masing pada tahapnya, atau menjadi lebih dekat dengan kegelapan apabila mengingkari Allah SWT sehingga ia menjadi kegelapan yang memiliki beberapa sisi cahaya di dalamnya, masing-masing pada tahapnya. Manusia adalah istimewa kerana mereka mempunyai kemampuan untuk naik pada peringkat cahaya tersebut sehingga malaikat yang dekat dengan Allah SWT pun tidak dapat mencapainya, lalu berada di atas malaikat. Manusia juga memiliki kemampuan untuk turun pada peringkat kegelapan sehingga Iblis (Allah melaknatnya) dan tentera kejinya pun tidak mampu berada di situ.

{Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang terbaik ۝ kemudian Kami kembalikannya kepada yang paling rendah.}43

Dan diketahui bahawa makhluk tertinggi yang wujud dalam alam cahaya adalah manusia, dan dia adalah MUHAMMAD SAAW, atau akal pertama.44

Dan makhluk terendah yang wujud dalam alam kegelapan juga adalah manusia, YANG KEDUA. Dan ia adalah kejahilan yang telah pergi dan tidak kembali, seperti diriwayatkan oleh Ahlul Bait AS.45

43 AL-Quran 95:4-5.

44 Abu Jaafar AS berkata, "Wahai Jabir, sesunguhnya yang pertama Allah ciptakan adalah Muhammad SAAW, dan keluarganya petunjuk yang terpimpin." Al-Kafi Jilid 1, halaman 442. Dalam hadis lain dalam Bihar Al-Anwar, Jilid 1, halaman 97, Nabi SAAW mengatakan, "Yang pertama Allah ciptakan adalah akal." Dalam hadis lain, "Sesungguhnya Allah SWT ketika menciptakan akal, Dia memberitahunya, 'Datang kemari!, maka ia pun datang, kemudian Dia memberitahunya, 'Pergi!,' maka ia pun pergi, maka Dia SWT berkata, 'Demi Keagungan dan KemuliaanKu, tidak Aku ciptakan makhluk yang lebih Aku sayangi selain darimu. Dengan kamu, Aku memberi ganjaran dan dengan kamu Aku menghukum; dengan kamu Aku mengambil dan dengan kamu Aku memberi."

45 Sama'a meriwayatkan dia berada bersama Abu Abdullah AS, dan beberapa pengikutnya yang lain, lalu persoalan akal dan kejahilan disebutkan. Maka Abu Abdullah AS berkata, "Kenali akal dan tenteranya, serta kejahilan dan tenteranya, agar kamu terpimpin." Lalu Sama'a berkata, "Semoga jiwaku menjadi tebusanmu, kami tidak mengetahui selain apa yang kamu ajarkan kami." Abu Abdullah AS berkata, "Allah SWT menciptakan akal dari cahayaNya, dan ia adalah makhluk pertama Allah SWT dari roh di sebelah kanan Arasy. Dia SWT berkata

kepadanya, 'Datang kemari!' maka ia pun datang, kemudian Dia berkata, 'Pergi!, maka ia pun pergi, maka Dia SWT berkata, "Aku telah menciptakan kamu

(24)

24

Dari apa yang telah diperkatakan: Setiap kemaksiatan akan menjadikan seorang mukmin lebih rendah. Malah, setiap pandangan terhadap dunia ini, dan setiap kelalaian terhadap Allah, akan menyebabkan manusia turun dalam kegelapan, lalu menyentuh najis dan kotoran serta api neraka. Oleh sebab itu dijadikan wudhu dan ghusl (mandi hadas).

Diriwayatkan dari Ahlulbait AS,

"Sesungguhnya orang mukmin tidak menjadi najis, sehingga usapan [air] sudah cukup baginya."46

Orang yang mengerti akan memahami bahawa seluruh dunia ini adalah najis dan sesiapa yang mengejarnya juga akan menjadi najis. Dan sesungguhnya Allah amat menyayangi orang beriman, dan dengan sifat Maha PemurahNya SWT, mukmin tidak menjadi najis.

Amirul Mukminin Ali AS berkata,

"Dunia ini adalah bangkai, dan yang mengejarnya adalah anjing."47

Dia AS menjelaskannya sebagai,

"Keringat khinzir di tangan pengidap kusta."48

Janganlah menganggap Ali AS telah berlebih-lebihan, bahkan, ini adalah hakikat yang telah dijelaskan oleh Allah kepada wali-waliNya.

---oo0oo---

makhluk yang agung, dan Aku mengasihi kamu di atas seluruh makhlukKu." Kemudian Dia SWT menciptakan kejahilan, dari air garam lautan yang paling dalam dan paling gelap. Dia berkata, 'Pergi!,' maka ia pun pergi, kemudian Dia berkata, 'Datang kemari!,' tetapi ia tidak datang. Allah SWT berkata kepadanya, 'Adakah kesombonganmu begitu besar?' lalu Dia SWT melaknatnya." Bihar Al-Anwar Jilid 1, halaman 110.

46 Juga diriwayatkan dari Abu Jaafar AS yang berkata, "Wudhu adalah hukum Allah, dengannya Allah mengetahui siapa yang taat padaNya dan siapa yang ingkar, sesungguhnya orang mukmin tidak menjadi najis, sehingga usapan [air] sudah cukup baginya."Al-Kafi: Jilid 3 halaman 21.

47Syarh Al-Akhlaq oleh Al-Haq Al-Marashi, Jilid 32 halaman 237. 48Nahjul Balaghah, Jilid 4 halaman 52, Khutbah 236.

(25)

25

Pertanyaan 5: Apakah Bismillah49 dalam Surat Al-Fatihah berbeza dengan

Bismillah dalam surah-surah lain dalam Al-Quran? Dan adakah Bismillah sebahagian daripada surah?

Bismillah dalam Al-Fatihah adalah yang asal,50 dan Bismillah dalam semua

surah dalam Quran adalah imej sebahagian daripada Bismillah dalam Al-Fatihah. Seluruh Quran ada dalam Al-Fatihah dan Al-Fatihah ada dalam Bismillah, jadi setiap Bismillah dalam Quran ada dalam Bismillah Fatihah, dan Bismillah adalah satu ayat daripada ayat-ayat dalam Al-Fatihah. Adapun bagi surah-surah lain, Bismillah adalah sebahagian daripada surah tersebut tetapi bukan satu ayat daripada ayat-ayatnya. Tiga nama ini (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim)51 di dalam Ketuhanan

[al-Lahut], atau Dzat Ilahiah, merupakan tunggak bagi nama yang Maha, Maha, Maha Agung, iaitu DIA. Dan tiga nama ini adalah kota kesempurnaan Ilahi, iaitu Allah, dan pintu zhahir [luaran] dan bathin [dalaman]-nya, adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.

Dan tiga nama ini pada makhluk adalah MUHAMMAD, ALI dan FATIMAH; atau kota ilmu MUHAMMAD, dan pintu zahir dan pintu batinnya, ALI dan

FATIMAH.

Dan tiga nama ini adalah tonggak nama yang Maha, Maha Agung iaitu (Allah, Al-Rahman, Al-Rahim).

{Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Al-Rahman, yang mana pun kamu seru [adalah sama], bagiNya nama-nama yang terbaik."}52

Dan tiga nama ini (MUHAMMAD, ALI dan FATIMAH) adalah nama Teragung. Muhammad adalah dari Allah, dan dia adalah kitab Allah, bahkan dia adalah Allah pada makhluk. Dan Ali dan Fatimah adalah dari Rahmat Allah, dan mereka adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.

{Dan Kami limpahi mereka dengan Rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka lidah ketulusan, Aliyya.}53

49Bismillah adalah Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang).

50Amirul Mukminin Ali AS berkata, "Ilmu tentang apa yang telah dan apa yang akan terjadi semuanya ada dalam Quran. Dan ilmu dalam Quran terkandung dalam Surat Al-Fatihah, dan ilmu dalam Al-Fatihah terkandung dalam

Bismillahirrahmanirrahim." Nur Al-Brahin oleh Sayyed Ni’mat Allah Al-Jazairi,

Jilid 1 halaman 315.

51Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. 52Al-Quran 17:110.

(26)

26

Dan Bismillah dalam Al-Fatihah adalah Hakikat, dan Bismillah dalam setiap surah lain adalah imej yang tidak lengkap dari Bismillah dalam Al-Fatihah, dan hanya mencerminkan satu aspek daripadanya. Seolah-olah Bismillah dalam Al-Fatihah berada di pusat dikelilingi oleh sejumlah cermin yang mana setiap satu cermin ini memantulkan imej dari sisi yang berlainan, dan pada masa yang sama semua surah ini bersekutu bahawa kesemuanya adalah untuk Hakikat yang satu dan sebagaimana surah-surah itu juga bersekutu bersama Hakikat kerana mereka memantulkannya dari sisi-sisi tertentu.

Jadi, jika saya memberi satu contoh dari Quran, anda akan mendapati bahawa Bismillah dalam Al-Fatihah adalah di pusatnya di mana semua surah lain berputar di kelilingnya, bahkan Taurat, Injil dan setiap yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul AS. Bismillah dalam Al-Fatihah adalah Risalah, Wilayah, yang terawal, dan yang terakhir.

---oo0oo---

Pertanyaan 6: Apakah pengertian "seluruh Quran ada dalam pada titik di

bawah huruf ب (Ba), dan Ali AS adalah titik tersebut"?

Bentuk huruf ب (Ba) seperti bejana yang telah diisi dan kandungannya menitis daripada bawahnya, sementara bentuk huruf ن (Nun) seperti bejana yang menerima dari atas dan ilmu yang menitis ke dalamnya dari Pemiliknya.

{Katakan, Rabbi, tingkatkanlah ilmuku.}54

Dan Allah SWT memanggil utusanNya Muhammad SAAW sebagai ن (Nun). Allah berfirman,

{ن} (Nun), demi pena dan apa yang mereka tulis.}55

53Al-Quran 19:50. (Abu Bashir meriwayatkan Imam Al-Shadiq AS berkata

tentang ayat {Dan Kami limpahi kepada mereka rahmat dari Kami, dan Kami jadikan bagi mereka lidah ketulusan, Aliyya.} Dia AS berkata, "Aliyya bererti Amirul Mukminin, Ali AS." Bihar Al-Anwar: Jilid 36 halaman 59. – Pent. Inggeris) 54Al-Quran 20:114

(27)

27

Adapun pena dalam ayat ini, ia adalah Ali AS. Imam Al-Shadiq AS berkata, " ن (Nun) adalah nama Rasulullah SAAW, dan pena adalah nama Amirul Mukminin AS."56

Pena tersebut menerima dakwatnya dari ن (Nun), dan memindahkannya ke dalam kitab, dan menulis di dalamnya. Oleh itu pena ini mempunyai beberapa keadaan: kadangkala ia adalah ن (Nun), kadangkala ia adalah ب (Ba), kadangkala ia adalah titik di atas ن (Nun), dan kadangkala ia adalah titik di bawah ب (Ba). Begitu juga dengan Amirul Mukminin AS: dia adalah pintu bagi Rasulullah SAAW dan bagi Kota Ilmu, daripadanya ia melimpah pada makhluk, ini adalah ب (Ba), dan titik ب (Ba), serta pena dan dakwat yang dibawa oleh pena tersebut. Dan titik itu mempunyai beberapa keadaan: ia adalah limpahan daripada Allah SWT kepada Rasulallah SAAW, daripada Rasulallah SAAW kepada Ali AS, dan daripada Ali AS kepada makhluk. Titik yang turun dari Allah kepada RasulNya adalah Al-Quran, dan Rasulallah adalah ن (Nun), dan dia juga titik ن (Nun).

Kemudian Rasulallah SAAW dalam hubungannya dengan Ali AS seumpama ب (Ba) dan titiknya. Dan Ali dalam hubungannya dengan Rasulallah SAAW seumpama ن (Nun) dan titiknya. Dan Ali AS dalam hubungannya dengan makhluk seumpama ب (Ba) dan titiknya.

---oo0oo---

Pertanyaan 7: Dimanakah kewajaran bagi seorang nabi Uli Al-Azim, iaitu

Ibrahim AS, untuk mengatakan bahawa bintang atau bulan atau matahari adalah Tuhannya?

Hanya orang yang tertipu yang akan menganggap kata-kata tersebut datang dari Ibrahim AS dalam dunia nyata, iaitu dunia kehidupan ini, meskipun Ibrahim mungkin mengulangnya dalam dunia kehidupan ini bagi mencela kaumnya yang menyembah bintang-bintang atau roh-roh yang menggerakkannya.57

56Mustadrak Safinat Al-Bihar oleh Syeikh Ali Al-Namazi: Jilid 8 halaman 582-583.

57 Ali bin Muhammad bin Jaham berkata, "Aku hadir dalam satu majlis Al-Makmun [Pemerintah Abbasiyah], dan di sampingnya Al-Ridha, Ali bin Musa AS. Lalu Al-Makmun menyoalnya, 'Wahai putera Nabi Allah, bukankah kamu mengatakan para nabi adalah maksum?' Al-Ridha berkata, "Ya". Lalu Al-Makmun menyoalnya tentang ayat-ayat Al-Quran yang menyebut para nabi AS dan salah satu pertanyaannya mengenai ayat {Apabila malam menjadi gelap di atasnya [Ibrahim] dia melihat sebuah bintang, dan berkata, "Ini tuhanku"}. Al-Ridha AS menjawab bahawa, 'Ibrahim diutuskan kepada tiga golongan manusia: satu yang

(28)

28

Yang sebenar adalah Muhammad dan keluarganya AS memiliki cahaya suci, yang membingungkan orang-orang yang berakal sempurna, daripada nabi-nabi yang agung dan para malaikat yang mulia,58 sehingga mereka

menyangka bahawa mereka AS adalah Raja Yang Maha Mengetahui SWT.59

Maka, ketika Ibrahim AS disingkapkan kepadanya Langit-Langit Malakut menyembah Zuhrah [Venus], satu lagi menyembah bulan, dan satu lagi menyembah matahari. Ketika itulah dia AS meninggalkan jalan kaumnya. Ketika malam menjadi gelap di atasnya, dia AS melihat Zuhrah dan berkata, seperti menafikan, 'Apakah ini tuhanku? Maka, ketika zuhrah tidak lagi kelihatan, dia berkata, 'Aku tidak suka sesuatu yang terbenam,' kerana terbenam adalah sifat bagi yang baharu, dan bukan bagi yang kekal [qadim]. Lalu, ketika dia melihat bulan cerah, dia berkata, seperti menafikan, 'Apakah ini tuhanku?" Maka ketika bulan tidak kelihatan lagi, dia berkata, "Jika Tuhanku tidak membimbingku pasti aku tergolong dari kalangan orang-orang yang sesat.’ "Dan ketika pagi muncul, dia melihat matahari cerah, dan berkata seperti menafikan bukan untuk mengesahkan, 'Apakah ini Tuhanku? Ini lebih besar daripada zuhrah dan bulan.’ Maka, ketika matahari terbenam, dia berkata kepada tiga golongan manusia yang menyembah Zuhrah, bulan, dan matahari, {Wahai kaumku, sesungguhnya aku bebas dari semua yang kalian sekutukan [dengan Allah], aku hadapkan wajahku pada Dia Yang menciptakan langit dan bumi, di atas jalan yang lurus, dan aku bukan dari kalangan musyrikin}. Dengan berkata demikian, Ibrahim ingin menjelaskan kepada mereka tentang kebatilan agama mereka, dan membuktikan kepada mereka bahawa yang memiliki sifat seperti Zuhrah, bulan, dan matahari tidak layak untuk disembah, melainkan Dia Yang menciptakan mereka, Pencipta langit dan bumi yang selayaknya disembah. Dan apa yang Ibrahim gunakan sebagai hujah ini adalah wahyu dari Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT, {Itulah hujah Kami. Kami kurniakannya kepada Ibrahim terhadap kaumnya}. Maka, Al-Makmun berkata, "Ini sesungguhnya dari Allah, wahai putera Nabi Allah.' " Uyun Akhbar Al-Ridha AS, Jilid 1 halaman 197.

58 Seperti diriwayatkan dalam hadis Al-Mi’raj.

59 Dalam hadis mengenai makrifat [al-ma’rifah], Muhammad SAAW memberitahu Ali AS, "... Dan kita mendahului mereka dalam mengenali Tuhan kita, memujiNya, dan memuliakanNya, kerana yang pertama Allah SWT ciptakan, adalah roh-roh kita, dan Dia membuat kita berbicara dengan Keesaan dan PujianNya. Kemudian Dia menciptakan para malaikat, dan ketika mereka melihat roh-roh kita seperti satu cahaya, mereka pun memuji kejadian kita, lalu kita bertasbih agar para malaikat mengetahui bahawa kita adalah makhluk yang diciptakan, dan bahawa Dia SWT adalah suci daripada sifat-sifat kita. Maka para malaikat pun bertasbih dengan tasbih kita, dan mereka mensucikanNya daripada sifat-sifat kita. Maka ketika para malaikat melihat kebesaran kejadian kita, kita pun bertahlil, agar para malaikat mengetahui bahawa tidak ada tuhan selain Allah, dan kita adalah hamba [‘abid] dan bukan tuhan untuk disembah bersamaNya atau tanpaNya SWT. Lalu, mereka berkata, ‘Tidak ada tuhan selain Allah.’ Maka ketika mereka melihat kebesaran kedudukan kita, kita pun bertakbir, agar para malaikat mengetahui bahawa Allah Maha Besar daripada sesiapa selainNya untuk mendapatkan kebesaran melainkan denganNya, maka ketika mereka melihat... " Ilal Al-Shar‘i, Jilid 1 halaman 5.

(29)

29

[malakut as-samawat] dan melihat CAHAYA AL-QAIM AS dia berkata, "Ini tuhanku”. Ketika dia melihat CAHAYA ALI AS dia berkata, "Ini tuhanku." Dan ketika dia melihat CAHAYA MUHAMMAD SAAW dia berkata, "Ini tuhanku." Ibrahim AS tidak mampu mengenali bahawa mereka adalah hamba [‘ibad] yang menyembah, hinggalah hakikat mereka disingkap kepadanya60, serta kelemahan dan ketiadaan mereka dari Dzat Ilahiah, dan

kembalinya mereka kepada "aku" pada masa-masanya diperjelaskan kepadanya. Hanya setelah itu, dia AS menghadapkan dirinya kepada Tuhan yang menciptakan langit, dan mengetahui bahawa mereka AS adalah, "makhluk Allah, dan ciptaan sesudah mereka adalah daripada mereka," sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis dari Ahlulbait AS.61

Lalu Ibrahim AS dimaafkan, dan disebut dalam doa harian bulan Rajab oleh Imam Al-Mahdi AS mengenai sifat Muhammad dan keluarganya AS: "Tiada perbezaan antara Engkau dan mereka melainkan mereka adalah hamba [‘ibad] dan makhlukMu."62

Maka Maha Suci Tuhanmu, yang Maha Agung dari apa yang mereka sifatkan. Dan salam atas Muhammad dan keluarga Muhammad yang disucikan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Allah SWT berfirman,

{Dan demikianlah, Kami tunjukkan Ibrahim Langit-Langit Malakut dan bumi agar dia menjadi yakin. Maka ketika malam menggelap di atasnya dia melihat sebuah bintang lalu berkata, "Ini Tuhanku?", maka apabila ia

60 Perkara ini bukanlah tersembunyi kerana ilmu Ibrahim tentang mereka AS bergantung pada peringkatnya sendiri, dan dia tidak mengenali mereka AS sebagaimana mereka harus dikenali. Muhammad SAAW berkata kepada Ali AS, "Wahai Ali, tidak ada yang mengenal Allah selain engkau dan aku, dan tidak ada yang mengenali selain Allah dan engkau, dan tidak ada yang mengenalimu selain Allah dan aku." Mustadrak Safinat al-Bihar oleh Al-Namazi, Jilid 7 halaman 182. Pernyataan ini tidak memberi ruang bagi sesiapa pun untuk menganggap Ibrahim AS telah mengenali mereka AS sebagaimana mereka AS seharusnya dikenali.

61 Dalam kitab Al-Lum‘ah al-Bayda oleh Al-Tabrizi al-Ansari, halaman 64, diriwayatkan bahawa Muhammad SAAW mengatakan, "Aku dan Ali adalah cahaya di tangan Yang Maha Pengasih selama empat belas ribu tahun sebelum Dia menciptakan ArasyNya (dan dalam riwayat dalam kitab Al-‘Awalim dikatakan, empat puluh ribu tahun sebelum Adam), maka kami disucikan [tamahhidha] dalam cahaya sehingga kami sampai ke hadrat Yang Maha Agung dalam masa lapan puluh ribu tahun, dan kemudian Allah menciptakan makhluk dari cahaya kami, maka kami adalah ciptaan Allah, dan semua makhluk adalah ciptaan kami (dan dalam hadis yang lain, 'makhluk sesudah itu ciptaan kami.')." 62 Bihar Al-Anwar, Jilid 95 halaman 393.

(30)

30

terbenam (hilang), dia berkata, "Aku tidak suka sesuatu yang terbenam." Dan ketika dia melihat bulan bersinar dia berkata, "Ini Tuhanku?", maka apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Tuhanku tidak membimbingku nescaya aku tergolong dari kalangan orang-orang yang sesat." Dan ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Ini Tuhanku? Ini lebih besar!" maka apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan [dengan Allah], aku hadapkan mukaku kepada Dia Yang menciptakan langit dan bumi, di atas jalan yang lurus, dan aku bukan dari kalangan musyrikin.}63

Bahawa pentafsiran kata-kata Ibrahim ini adalah dalam kehidupan dunia ini dan di alam nyata, sebagai hujah terhadap para penyembah bintang atau penyembah matahari khususnya, tidak bertentangan dengan apa yang telah saya katakan sebelumnya. Juga, seperti hadis mengenai tafsir ayat ini dari Imam Al-Ridha AS bahawa ia dalam kehidupan dunia ini sebagai hujah terhadap penguasa Abbasiyah, Al-Makmun (Allah mengutuknya) bahawa para nabi adalah maksum. Dan bagaimana mungkin Al-Makmun Abbasiyah dapat memahami kata-kata Imam AS sekiranya dia berbicara tentang alam Malakut? Lebih-lebih lagi Al-Mamun adalah seorang yang suka berdebat yang dengan soalannya, ingin menghujah Imam AS, bukan untuk mencari jawapan. Dan jika dia bertanya kepada Imam Al-Ridha AS lebih banyak lagi, Imam AS pasti akan menjawabnya.

Keterangan Quran menunjukkan bahawa pandangan Ibrahim terhadap bintang, bulan, dan matahari ini adalah pandangan di alam Malakut [malakutiyah], dan kata-kata di dalam Quran ini muncul setelah Allah SWT menunjukkan Langit-Langit Malakut pada Ibrahim AS.

Dalam kitab tafsir Al-Qummi, Abu Abdullah AS ditanya tentang kata-kata Ibrahim, "Ini Tuhanku," apakah perkataan itu syirik, lalu dia AS berkata, "Sesiapa yang berkata sedemikian sekarang maka dia adalah musyrik. Dan Ibrahim tidak musyrik, kerana dia mencari Tuhannya dan sesiapa selainnya (yang menyebut kata-kata itu) akan menjadi musyrik"64.

Al-Ayashi meriwayatkan bahawa Ahlul Bait AS menambah tentang riwayat ini, "Dia sedang mencari Tuhannya, dan tidak sampai menafikan Allah SWT. Dan sesiapa yang melakukan perkara sama seperti yang dilakukannya, maka orang itu berada pada kedudukan [manzilah] Ibrahim AS. "65

63Al-Quran 6:75–78

64Tafsir Al-Qummi, Jilid 1 halaman 206. 65Tafsir Al-Ayashi, Jilid 1 halaman 364.

(31)

31

Dan jika kata-kata Ibrahim, "ini Tuhanku" berlaku dalam dunia nyata, iaitu dunia kehidupan ini, sebagai pencarian tentang Tuhan, maka orang itu sudah pasti syirik, sama ada ia berasal dari Ibrahim AS atau orang lain. Akan tetapi apa yang diucapkan oleh Ibrahim AS ini bukan syirik, kerana pencariannya adalah di alam Malakut [malakuti] dan kerohanian setelah Langit-langit Malakut dan Bumi disingkap kepadanya AS. Jika ia berasal dari orang selain daripada Ibrahim, maka ia adalah syirik, kerana pencariannya [terhadap Tuhan] adalah di alam nyata, iaitu kehidupan di dunia ini dengan segala benda yang wujud di dalamnya.

Dan Imam AS menjelaskan bahawa sesiapa yang mencari Tuhannya di alam Malakut [al-malakut] bukan musyrik, malahan dia berada pada kedudukan [manzilah] Ibrahim AS.

"Sesungguhnya urusan kami adalah sulit dan dipersulitkan. Ia tidak akan terpikul melainkan oleh Nabi yang diutuskan, malaikat yang terdekat, atau mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah demi keimanan."66

Ya, sesungguhnya dia adalah mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah demi keimanan.

---oo0oo---

Pertanyaan 8: Apakah pengertian Hadis Qudsi dari Jabir bin Abdullah

Al-Anshari dari Muhammad SAAW yang mengatakan bahawa Allah SWT berfirman, "Wahai Ahmad, jika bukan kerana kamu, Aku tidak akan menciptakan alam semesta [al-aflak], dan jika bukan kerana Ali, aku tidak akan menciptakan kamu, dan jika bukan kerana Fatimah, Aku tidak akan menciptakan salah seorang dari kamu berdua"67.?

Muhammad SAAW adalah manifestasi [tajalli] Allah68, dan Ali adalah

manifestasi Al-Rahman dan Fatimah adalah manifestasi Al-Rahim pada makhluk.

66 Mukhtasar Bashair al-Darajat, halaman 26.

67

Mustadrak Safinat al-Bihar, Jilid 3 halaman 334, Al-Jannah Al-‘Ashimah halaman 148.

68

Bagi orang seperti Rasulallah SAAW, menjadi manifestasi Allah pada makhluk bererti dia adalah penzahiran sifat-sifat Allah pada makhluk dan menggambarkan sifat-sifatNya SWT, dan melaluinya Allah SWT dikenali. Allah SWT telah menyebut tentang manifestasi ini dalam Quran dengan firman-Nya, {Dan ketika Musa datang pada perjanjian Kami, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Tuhanku! Perlihatkanlah padaku [Diri-Mu], supaya aku dapat melihatMu." Dia SWT berkata, "Kamu tidak sekali-kali dapat melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, sekiranya ia tetap berdiri di tempatnya, maka kamu dapat melihatKu." Maka apabila Tuhannya tampil [tajalla] pada gunung itu maka ia pun berkecai lebur dan Musa jatuh pengsan. Dan ketika dia sedar semula dia

(32)

32

Setiap yang wujud disinari dengan cahaya Allah pada ciptaanNya, iaitu Muhammad SAAW dan pintu yang melimpahkan cahaya Ilahi ini adalah Ali AS dan Fatimah AS.

Allah SWT berfirman,

{Yang diturunkan dari Al-Rahman Al-Rahim.}69

Dan Ali adalah zahir [sisi luaran] pintu ini, dan Fatimah batin [sisi dalaman] pintu ini, sepertimana kemunculan [dzuhur] kehidupan dunia ini dan penyaksian [syuhud] manusia di dalamnya, dan keghaiban hari akhirat dan tersembunyi ia pada manusia.

Ali dan Fatimah, atau Al-Rahman dan Al-Rahim, mempunyai kesatuan dan pemisahan antara mereka, seperti kesatuan pasangan suami-isteri yang saling menyayangi,

{Dia menciptakan kamu dari satu jiwa},70 dan dua nama yang membawa

satu makna.

berkata, "Maha Suci Engkau! Aku bertaubat kepadaMu, dan aku adalah orang pertama yang beriman."} Al-Quran 7:143.

Dalam kejadian ini, sudah pasti ia bukan perpindahan atau perubahan lokasi yang dinisbahkan kepada Allah SWT, kerana Dia SWT jauh di atas semua itu. Akan tetapi manifestasiNya pada gunung itu sebenarnya adalah penzahiranNya melalui sesuatu yang berbicara mengenaiNya. Diriwayatkan dari Ahlulbait AS, “Sesungguhnya Allah SWT tampil melalui seorang lelaki Kurubiyyin di gunung tersebut yang menjadikannya berkecai lebur”. Abu Abdullah AS berkata, “Sesungguhnya Kurubiyyin adalah umat daripada Syiah kami dari penciptaan yang pertama. Allah menjadikan mereka […] belakang Arasy. Sekiranya Dia SWT menyebarkan cahaya salah seorang daripada mereka ke atas manusia di bumi ini, maka itu sudah cukup untuk mereka”. Kemudian dia AS berkata, “Dan ketika Musa memohon Tuhannya apa yang dimintanya, Allah memerintahkan seorang lelaki daripada Kurubiyyin, dan orang itu tampil [tajalla] di gunung tersebut lalu menjadikannya runtuh berkecai.” Mustathrafat al-Sarair oleh Ibnu Idris Al-Hilli halaman 569.

Dan dalam doa Al-Samat, "dan dengan cahaya wajahMu di mana Engkau tampil ke gunung itu dan menjadikannya berkecai lebur dan Musa jatuh pengsan, dan dengan kemuliaanMu yang hadir di Gunung Sinai, dan Engkau berbicara dengan hambaMu dan RasulMu Musa bin Imran, dan dengan kemunculanMu di Gunung Sa‘ir, dan penampilanMu di Gunung Faran.” Misbah Al-Mujtahid, halaman 419. Renungkan perkataan, “kemunculanMu di Gunung Sa‘ir dan penampilanMu di Gunung Faran.” Kemunculan dan penampilan nyata amat jauh bagi Allah SWT, jadi ia tidak berlaku kecuali melalui manifestasi [tajalli]. Maka kemunculan Allah di Sa‘ir adalah melalui nabi-Nya Isa AS, dan penampilannabi-Nya di Faran adalah melalui Muhammad SAAW, sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ahmad Al-Hassan AS dalam buku-buku yang lain, seperti Al-Nubuwah al-Khatimah, sila rujuk di situ.

69

Al-Quran 41:2

70

Referências

Documentos relacionados

Kesimpulan yang dapat ditarik dari penelitian ini adalah: (1) proses seleksi citra buah dan bunga yang mengunakan algoritma threshold berdasarkan kemiripan warna dan bentuk

Someya adalah simpulan yang mengatakan bahasa Inggris dan bahasa Eropa lain sebagai bahasa yang datang dari sudut pandang Tuhan, dan imajinasi tentang Tuhan yang ada pada

Permasalahan yang dihadapi perusahaan berdasarkan hasil observasi yang dilakukan terkait dengan pendapatan dan persediaan karena tidak adanya pengendalian internal dalam

Penyebab utama dari rasa nyeri atau pegal di bahu (Gambar 2), dikarenakan posisi statis yang dialami pengrajin saat memproduksi keset, serta kondisi kursi dan meja yang tidak

 Mengevaluasi solusi yang diberikan untuk melihat seberapa efektifnya soslusi tersebut dalam menyelesaikan masalah yang ada, dan merumuskan langkah yang akan diambil jika

Berdasarkan jawaban para mahasiswa dapat diketahui bahwa 56% di antaranya tidak setuju dan kurang setuju dengan pernyataan mengenai ketaatan hukum yang berasal dari dalam diri

Berdasarkan simpulan mengenai konsep moral pada ketiga partisipan, diperoleh gambaran bahwa ketiganya, sebagai orang yang tidak beragama, memiliki konsep moral yang tidak jauh berbeda

Dari hasil olah data pada kuesioner yang dibagikan pada mahasiswa yang sudah mendapat mata kuliah CB sebanyak 161 orang, terlihat hasil kejujuran mereka tidak ada yang