• Nenhum resultado encontrado

DIMENSIKOOP PENGGABUNGAN KE ARAH KEBERDAYASAINGAN KOPERASI. Muhammad Yusuf Ibrahim Pusat Pembangunan Komuniti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "DIMENSIKOOP PENGGABUNGAN KE ARAH KEBERDAYASAINGAN KOPERASI. Muhammad Yusuf Ibrahim Pusat Pembangunan Komuniti"

Copied!
11
0
0

Texto

(1)

KE ARAH

KEBERDAYASAINGAN KOPERASI

PENGGABUNGAN

Muhammad Yusuf Ibrahim

yusuf@mkm.edu.my

(2)

Seruan dan cadangan penggabungan koperasi di Malaysia bukanlah suatu perkara baharu bahkan telah dibincangkan sejak dahulu lagi. Saranan atau gesaan tersebut bukan sahaja datang daripada tokoh koperasi sendiri bahkan termasuk juga dari pemimpin negara. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah pada 9 September 2015, menyarankan supaya koperasi bergabung untuk menceburi perniagaan berimpak tinggi. Menurut beliau, melalui penggabungan, koperasi akan menikmati lebih banyak manfaat ekonomi dan lebih berdaya saing kerana mempunyai skala modal teroka yang lebih besar dan mantap.

Sementara itu, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah berkata koperasi mikro terutamanya perlu lebih bersikap terbuka terhadap idea penggabungan dalam usaha merealisasikan sasaran 10 peratus sumbangan koperasi terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang tahun 2020. Beliau berpendapat dengan adanya gabungan tersebut, koperasi bukan sahaja boleh mengelakkan persaingan, malah boleh mewujudkan aktiviti ekonomi sampingan yang lain. Kenyataan dari pemimpin negara dan tokoh koperasi memberikan gambaran jelas bahawa masa depan koperasi di Malaysia terletak kepada kesediaan koperasi untuk melakukan suatu anjakan paradigma, dengan mengutamakan perkara yang lebih pokok atau “the bigger picture” bagi gerakan koperasi Malaysia.

(3)

Penggabungan koperasi membolehkan koperasi yang kurang kompetitif bukan sahaja untuk terus hidup dan bertahan tetapi berupaya memperoleh penguasaan pasaran pada tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. Kesan yang lebih penting dari penggabungan ini ialah bagaimana ia akan meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan sumber seperti sumber kewangan, sumber manusia, sumber fizikal dan sebagainya. Faktor utama yang boleh mendorong koperasi untuk bergabung ialah kewangan. Masalah kewangan ini biasanya berkait dengan prestasi perniagaan yang lemah yang berlaku dari pelbagai punca. Antaranya mungkin salah satu atau kombinasi dari pelbagai faktor seperti ekonomi dan persekitaran, persaingan, pemasaran, pengurusan, sumber manusia, kewangan dan sebagainya. Apabila koperasi menghadapi tekanan kewangan yang sukar diatasi, koperasi akan mula melihat dan menilai semula operasinya dan dalam sesetengah keadaan koperasi mungkin akan mempertimbangkan untuk bergabung dengan koperasi lain sebagai langkah mencari jalan keluar untuk terus bertahan.

Aspek lain yang seharusnya memberikan motivasi kepada koperasi untuk bergabung ialah untuk memanfatkan peluang ekonomi skala dalam pengeluaran atau pemasaran, peluang untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman dalaman koperasi sedia ada atau untuk mendapatkan khidmat tenaga kepakaran yang baru, peluang untuk menghapuskan duplikasi atau pertindihan samada dari segi fungsi, perkhidmatan, kemudahan, sumber dan sebagainya.

Selain itu, satu lagi faktor penting ialah peluang untuk meningkatkan kuasa pasaran bagi menyaingi kuasa pasaran atau pesaing yang sedia ada. Dalam sesuatu penggabungan antara dua koperasi itu, adalah menjadi kebiasaan jika salah satu koperasi itu akan menguasai yang satu lagi. Jika sekiranya ia melibatkan lebih dari satu koperasi dari kedua-dua pihak, contohnya dalam konteks Integrasi Menegak, yang melibatkan beberapa buah koperasi pengeluar dan koperasi pemasar atau peruncit, perkara yang sama juga akan berlaku. Sekali lagi faktor kuasa tawar menawar akan menentukan penguasaan sesebuah koperasi atau gabungan beberapa buah koperasi yang dominan terhadap koperasi lain yang mengambil bahagian dalam penggabungan ini.

(4)

Antara faktor kelemahan dalam perniagaan koperasi di Malaysia, terutama koperasi di mana bilangan bumiputra adalah lebih dominan (termasuk PKS Bumiputra) ialah dalam aspek pemasaran. Kelemahan dari segi pemasaran berpunca dari ketiadaan atau kurangnya rantaian pemasaran koperasi (bagi pelbagai jenis perniagaan atau industri) yang berintegrasi. Ketiadaan

integrasi rantaian pemasaran ini menjadikan perniagaan koperasi terdedah kepada risiko permintaan dan penawaran, bergantung kepada peringkat mana koperasi itu beroperasi. Jika kita mengambil satu contoh mudah, dalam industri tenusu, jika koperasi A merupakan pengeluar hasil tenusu atau penternak lembu tenusu dan jika ia tiada banyak pilihan untuk memasarkan hasil tenusunya dan hanya bergantung kepada koperasi B, maka kejayaan perniagaan kedua-dua koperasi ini bergantung kepada sejauh mana semangat kerjasama atas dasar “menang-menang” dapat dikekalkan oleh kedua-dua koperasi ini. Keadaan akan bertambah rumit jika salah satu dari entiti ini adalah bukan sebuah koperasi. Begitu juga dengan koperasi B, yang juga menghadapi risiko yang sama jika ia tidak mempunyai banyak pilhan pembekal selain A, lebih-lebih lagi jika A adalah bukan sebuah koperasi.

Bagaimanakah bentuk

penggabungan yang boleh

dilaksanakan oleh koperasi ?

Dalam situasi seperti ini, koperasi A dan B tadi mungkin boleh memikirkan untuk bergabung bagi mengatasi masalah ketidaktentuan dari segi penawaran (oleh pembekal A) dan permintaan (oleh pembeli B) bentuk penggabungan yang boleh dilaksanakan secara penstrukturan semula menerusi integrasi seperti ini membolehkan dua atau lebih peringkat rantaian pemasaran seperti pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan dan pemasaran dapat diletakkan dibawah pengurusan yang sama. Penggabungan antara syarikat atau koperasi pengeluar dan pemasar, bertujuan untuk menjamin keberterusan penawaran dan permintaan produk atau perkhidmatan tertentu bagi kawasan atau segmen pasaran tertentu, dikenali sebagai Integrasi Menegak (Vertical Integration). Integrasi Menegak Kebelakang (Backward Vertical

Integration) berlaku jika penggabungan itu ke arah untuk memastikan penguasaan terhadap sumber bahan mentah atau pengeluaran dan sebaliknya Integrasi Menegak Kehadapan (Forward Vertical Integration) adalah bertujuan untuk memastikan penguasaan segmen pasaran tertentu. Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana Integrasi Menegak (Kehadapan dan Kebelakang ) dapat dilakukan. Penggabungan ini juga boleh berlaku berasaskan keperluan untuk mencapai Integrasi Melintang (Horizontal Integration). Jika Integrasi Menegak menjadi matlamat penggabungan antara dua koperasi, iaitu satu koperasi pengeluar dan satu koperasi pemasar atau peruncit dalam industri dan segmen dan kawasan pasaran yang sama, begitu juga dengan dua buah koperasi yang menjalankan perniagaan atau fungsi yang sama bagi kawasan dan segmen pasaran yang sama. Dengan penyatuan koperasi seperti ini, mereka boleh mengelak daripada bersaing secara tidak sihat antara satu sama lain, hingga boleh menyebabkan situasi “kalah-kalah’, yakni tiada pihak yang akan dapat memaksimakan keuntungan mereka.

Rajah 1: Integrasi Menegak ke Hadapan dan ke Belakang ( Industri Pembuatan) Bahan mentah

Bekalan komponen pembuatan

Barang siap Peruncit Pelanggan

Integrasi Menegak Kebelakang ke dalam industri huluan. Integrasi Menegak Kehadapan ke dalam industri hiliran

(5)

a) Ia mungkin melibatkan kos yang tinggi pada peringkat awalnya. Contohnya, penggabungan mungkin melibatkan pemberhentian

sebahagian dari pekerja atau kakitangan yang perlu dibayar wang pampasan dengan jumlah yang besar. Penggabungan juga melibatkan pelaburan baru untuk membeli sistem operasi yang lebih sesuai dan canggih.

b) Koperasi gabungan akan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah kakitangan dan konflik yang timbul ekoran dari kejatuhan semangat akibat ketidaktentuan kedudukan kerjaya mereka. Ini mungkin akan menjejaskan produktiviti sekurang-kurangnya untuk jangka masa pendek sehingga proses rasionalisasi pekerja dapat diselesaikan.

c) Kesukaran untuk mengekalkan kesetiaan kakitangan, apabila beralih dari koperasi yang sebelum ini kepada koperasi gabungan, antara sebabnya mungkin kerana faktor maruah disebabkan kehilangan jawatan atau kedudukan lama yang disandang sebelum ini atau apabila diberi tugasan baru yang tidak sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mereka. Selain dari itu ialah perasaan ketidaktentuan kakitangan terhadap masa depan dan laluan kerjaya.

d) Tekanan yang dialami oleh pihak pengurusan berlaku disebabkan oleh masalah pengurusan, proses penggantian atau pengubahan fasiliti serta kerja-kerja merancang semula sistem operasi.

e) Selain dari kakitangan, pihak lain yang turut terjejas adalah anggota dan pemimpin koperasi dari koperasi kecil yang mengambil bahagian dalam penggabungan ini. Ada di antara pemimpin koperasi yang menjangkakan kehilangan kedudukan mereka akibat

penggabungan itu akan menyuarakan tentangan mereka dan mungkin akan mewujudkan suasana yang tegang dan kacau bilau serta mengganggu proses penggabungan.

f) Terpaksa memenuhi keperluan peraturan baharu yang dikenakan kepada entiti gabungan seperti dari pihak berkuasa tempatan, negeri dan persekutuan.

Masalah yang boleh berlaku semasa

proses penggabungan koperasi

Lazimnya, bagi setiap sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan dalam mana-mana organisasi, pasti akan menempuh pelbagai cabaran dan masalah. Antara masalah yang biasa berlaku dalam penggabungan sesebuah organisasi, khususnya dalam konteks gerakan koperasi adalah seperti berikut:

(6)

Penggabungan Koperasi Luar Negara

Kejayaan Penggabungan Koperasi

Luar Negara - Suiker Unie (Koperasi

Gabungan Kilang Gula di Netherlands)

Sejak awal kurun ke-20, terdapat lebih daripada 30 buah kilang pengeluar gula yang besar di Netherlands. Disebabkan insentif yang menarik diberikan oleh kerajaan termasuk subsidi kepada pengeluar dan kilang penapis gula di negara itu, memberikan galakan kepada perkembangan industri tersebut dan menyaksikan pertambahan bilangan pemainnya.. Akibat terlalu pesatnya perkembangan industri ini, kapasiti pengeluaran telah mengatasi bekalan gula mentah di pasaran. Di Eropah, pasaran gula dikawal dengan

meletakkan kuota kepada setiap negara pengeluar. Keadaan ini telah memaksa penggabungan pengeluar dan pengilang gula termasuk De Mark, yang bergabung dengan NV Algemeene Suiker-Maatschappij pada tahun 1908. Penggabungan

Di Malaysia, masih belum ada contoh

penggabungan antara koperasi yang dapat kita lihat. Kebanyakan dari contoh penggabungan koperasi dapat kita saksikan banyak berlaku di luar negara.

tiga koperasi kilang gula di Netherlands berlaku pada tahun 1947, dengan terbentuknya Vereniging Coöperatieve Suikerfabrieken (VCS).

Pada tahun 1970, kesemua koperasi gabungan ini menjadi anggota terus (direct member) kepada entiti baru koperasi gabungan yang dikenali dengan nama Suiker Unie. Kini Suiker Unie adalah merupakan antara kilang pengeluar gula yang terbesar di Eropah. Pada tahun 2007, Suiker Unie menguatkan lagi kedudukannya di Eropah dengan mengambil alih perniagaan kilang gula dari sebuah lagi syarikat pengeluar gula gergasi di Netherlands, iaitu CSM dan seterusnya pula pada tahun 2009, ia telah mengambil alih Anklam, sebuah kilang gula di Jerman.

(7)

Penggabungan Sunrise Cooperative

of Fremont dan Trupointe Cooperative

of Piqua, di Ohio , Amerika Syarikat.

Anggota kedua-dua koperasi telah bergabung pada September 2016. Koperasi gabungan ini kini mempunyai seramai 7,000 orang anggota dan telah mencapai angka jualan tahunan hampir USD900 juta. Ini menjadikan ia antara 10 koperasi pertanian yang terbesar di Amerika Syarikat.

Jika pada kebiasaannya, koperasi bergabung disebabkan oleh kekangan kewangan, berlainan pula halnya dengan kedua-dua koperasi ini. Kedua-dua koperasi pertanian ini menceburi bidang yang sama dan juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada anggotanya, termasuk penyediaan biji benih, makanan ternakan, baja pertanian, racun serangga dan lain-lain.

Walaupun kedua-duanya mempunyai kedudukan kewangan yang mantap, penggabungan kedua-dua koperasi ini menjadikannya lebih besar dan kini mempunyai kuasa tawar menawar yang lebih tinggi apabila berurusan dengan syarikat besar seperti syarikat pembekal biji benih dan pengilang baja dan racun serangga.

(8)

Tidak semua penggabungan perniagaan atau koperasi berakhir dengan kejayaan. Terdapat juga penggabungan termasuk koperasi yang menemui kegagalan. Salah satu contoh ialah penggabungan Brittania Building Society (BBS) dengan Cooperative Bank (CB) di United Kingdom pada tahun 2009.

Bagaimanapun, mengikut analisis pakar , kegagalan penggabungan ini adalah disebabkan oleh kedua-dua pihak, terutama sekali BBS, membawa masuk masalah masing-masing dengan harapan ia dapat dilenyapkan selepas penggabungan ini. Maknanya, BBS telah pun berada di ambang kejatuhan sebelum penggabungan itu dilaksanakan. Antara masalah besar BBS ialah mempunyai portfolio pinjaman hartanah komersial yang besar dan dikatakan yang berisiko tinggi.

Kesimpulan

Contoh Penggabungan Koperasi

yang Tidak Berjaya

Tidak dapat dinafikan tidak semua usaha penggabungan entiti perniagaan baik koperasi mahupun syarikat akan berakhir dengan kejayaan. Kebanyakan dari kisah kejayaan penggabungan berlaku disebabkan oleh faktor kesedaran, kefahaman dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak yang berkepentingan dengan meletakkan kepentingan koperasi dan anggota mengatasi semua kepentingan lain termasuk kepentingan peribadi. Adalah amat sukar untuk menidakkan kebaikan penggabungan koperasi jika kita menghayati kebaikan yang boleh direalisasikan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kisah kejayaan penggabungan koperasi banyak berlaku di luar negara. Namun begitu, kita mengharapkan kisah kejayaan begini akan membuka mata dan akan mendorong koperasi di negara kita untuk melihat semula kebaikan yang boleh dikecapi dengan penggabungan supaya koperasi kita lebih berdaya saing dan berdaya tahan dan tidak hanyut dalam arus perdana.

Penggabungan Brittania Building

Society (BBS) dengan Cooperative Bank

(CB) di United Kingdom

(9)

Tel: 011-2917 6552/ 019-293 6552 E-mel: info@icoop.edu.my

Maktab Koperasi Malaysia Zon Utara

No. 1515, Wisma KGMKB Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman Tel: 04-7337527 Faks: 04-7337532

E-mel: mkmcutara@mkm.edu.my

Kampus Induk dan Zon Tengah Maktab Koperasi Malaysia 103, Jalan Templer 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 – 7964 9000

Faks: 03 – 7957 0434/03-7954 3957/ 03-7957 9076

E-mel: mkm@mkm.edu.my Laman web: http://www.mkm.edu.my

Icoop Malaysia

No. 21, Jalan Selangor, Seksyen 6 46050 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan

Tingkat 1, Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby

80000 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tel: 07-2262119 Faks: 07-2262125

E-mel: mkmcselatan@mkm.edu.my

Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Kompleks Inkubator Indera Mahkota 14, Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel: 09-2506529 Faks: 09-2506530

E-mel: mkmctimur@mkm.edu.my

Laman Web: www.mkm.edu.my

Facebook: maktabkoperasimalaysia

Laman Web: www.mkm.edu.my

(10)

ALAMAT PERHUBUNGAN

Laman Web: www.mkm.edu.my

Facebook: maktabkoperasimalaysia

Maktab Koperasi Malaysia Zon Sabah

Tingkat 5, Menara MAA Lorong 6, Api-Api 1 88000 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-240812

Faks: 088-241802

E-mel: mkmsabah@mkm.edu.my

Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak

Bangunan Rugayah Jalan Song Thian Cheok Peti Surat B241 93100 Kuching, Sarawak Tel: 082-230409 Faks: 082-230405 E-mel: mkmsarawak@mkm.edu.my

ALAMAT PERHUBUNGAN

Laman Web: www.mkm.edu.my

Facebook: maktabkoperasimalaysia

Penaung

Prof Madya Dr.Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia

Penasihat

Tn.Hj.Ramlan Kamsin

Timbalan Ketua Pengarah (Akademik)

Ketua Editor

Hjh.Rahimah Abd.Samad

Timbalan Ketua Editor

Dari Meja

Ketua Editor

Hajah Rahimah Abdul Samad

* Rujukan setiap artikel boleh diperoleh daripada penulis

SIDANG REDAKSI

DIMENSI KOOP BIL.53

Pegawai Penerbitan

Sidang Editor

Asha’ari Arshad Norhayati Abd.Rahman Nor Azlina Kassim Nor Alyani Abd Razak

Salwana Ali Haslinda Sujak Rafedah Juhan Nazirah Baharudin

Sejak diperkenalkan pada tahun 1922, gerakan koperasi di Malaysia telah berkembang dengan penubuhan pelbagai jenis koperasi. Kini, pelbagai isu dan cabaran yang melanda gerakan koperasi. Bermula dari kelemahan dalam pengurusan perniagaan, mempromosikan produk dan perkhidmatan hinggalah kepada integriti dalam tadbir urus. Fenomena seperti ini tidak boleh dibiarkan memandangkan koperasi turut menyumbang kepada ekonomi negara. Segala permasalahan perlu dihadapi dengan cekap dan berkesan oleh Anggota Lembaga Koperasi serta kakitangan pengurusan agar koperasi dapat terus bersaing dalam perniagaan demi mencapai matlamat penubuhan koperasi.

Oleh itu, Dimensi Koop Bil 53 ini menampilkan rencana yang berkaitan dengan isu-isu dan potensi dalam perniagaan koperasi. Cabaran Koperasi dalam Aktiviti Perniagaan adalah sama sebagaimana cabaran yang dialami oleh organisasi perniagaan lain. Setiap perniagaan pasti berhadapan dengan pelbagai risiko. Sehubungan itu, koperasi perlu mahir dalam mengenal pasti masalah dan risiko yang dihadapi serta kaedah bagaimana menguruskannya. Ditambah dengan pemerkasaan nilai audit dalaman koperasi, Pengauditan sebagai Tanda Aras Kejayaan koperasi membincangkan peranan pengauditan serta undang-undang yang berkaitan dengannya.

Strategi Persaingan Bantu Perniagaan Koperasi memberikan idea kepada koperasi akan strategi yang boleh digunakan untuk bersaing dalam perniagaan. Beberapa faktor yang mempengaruhi kos perniagaan dan bagaimana ianya perlu ditangani dikemukakan sebagai panduan kepada ALK dan pengurusan. Selain itu, kaedah lain yang boleh diguna pakai adalah melalui program

dalam menjayakan sesebuah program promosi. Contoh-contoh yang diberikan diharap dapat membantu koperasi meningkatkan hasil jualan produk dan perkhidmatan mereka.

Satu lagi usaha yang boleh dibuat oleh koperasi untuk terus berdaya saing adalah melalui penggabungan. Rencana Penggabungan ke arah Keberdayasaingan Koperasi membincangkan isu dan cabaran dalam proses penggabungan. Dunia teknologi baru telah memperkenalkan Internet of Things yang mana mampu untuk menghubungkan antara manusia dengan manusia, manusia dengan peralatan dan peralatan dengan peralatan. Mungkin melalui perhubungan digital ini koperasi mampu untuk terus bertahan dan berdaya saing dalam dunia perniagaan.

Seperti keluaran yang sebelumnya, Dimensi Koop juga memaparkan perniagaan di bawah bidang keberhasilan utama yang diceburi oleh gerakan koperasi. Agrotourism Koperasi Homestay Sungai Sireh tidak hanya sebagai sebuah bidang perniagaan dalam sektor pelancongan tetapi ia mampu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan terutama dalam kalangan anggotanya dengan menawarkan pelbagai pendapatan sampingan dan juga pekerjaan. Industri Ayam Pedaging di bawah Sektor Perladangan dan Asas Tani mempunyai potensi luas kerana ianya merupakan antara industri berskala besar dan mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar negara. Akhir sekali Perniagaan Dobi merupakan satu bidang perniagaan yang boleh diceburi di samping dapat memupuk pembudayaan keusahawanan dalam koperasi.

Akhir sekali, Sidang Redaksi Dimensi Koop MKM mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Koperasi Negara yang ke-16. Semoga koperasi terus maju dan mampu untuk terus berdaya tahan bagi mencapai matlamat penubuhannya.

(11)

ISSN 1823-1586

• 1 / 2017 • RM 8.50

ISSN 1823-1586 • 1 / 2017 • RM 8.50

VLMS

PEMBELAJARAN DI HUJUNG JARI..

BERMULA SEPTEMBER 2016

MUDAH DAN JIMAT

PENINGKATAN KUALITI

TANPA SEMPADAN

MODEN

Menjimatkan masa dan kos Menggunakan pelbagai teknologi komunikasi moden

Mudah digunakan dan mesra pengguna

Boleh diakses dimana sahaja dari mana-mana komputer selagi ada perkhidmatan Internet

Penumpuan yang tinggi dapat meningkatkan pengetahuan

Interaksi secara online membantu meningkatkan pemahaman

SASARAN PESERTA

• Anggota Lembaga Koperasi

• Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi

KURSUS WAJIB

SECARA ONLINE

KOPERASI

KURSUS DITAWARKAN

YURAN

RM50 bagi setiap kursus

WAJIB 1 (Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi) WAJIB 2 (Pengurusan Kewangan Koperasi) WAJIB 3 (Pengurusan Strategik Koperasi)

WAJIB JAD (Tatacara Pengauditan dan perakaunan Koperasi) Sebagai usaha untuk menyalurkan ilmu pengurusan

perkoperasian terutamanya Kursus Wajib kepada semua ALK, MKM mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakannya Kursus Wajib melalui kaedah e pembelajaran iaitu kaedah yang menggunakan kemudahan Internet yang tersedia tanpa mengira masa dan tempat. Sistem VLMS dibangunkan bagi membolehkan Ahli Lembaga Koperasi dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu pengurusan koperasi mempelajarinya secara dalam talian mengikut masa dan kesesuaian individu. Pembangunan VLMS juga merupakan alternatif pilihan pembelajaran selain secara tradisional (face to face). Kaedah e-pembelajaran ini berupaya menyokong pertambahan permintaan pembelajaran di dalam kelas bagi ALK yang wajib menghadiri kursus wajib koperasi di MKM dalam tempoh lantikan mereka. Penggunaan sistem e-pembelajaran ini mampu menarik minat terutama generasi Y

untuk mendalami kursus wajib koperasi.

ALAMAT PERHUBUNGAN

PENGENALAN

Urus Setia VLMS,

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Maktab Koperasi Malaysia

103, Jalan Templer 46700 Petaling Jaya

Latihan Inovatif,

Koperasi progresif

BERMULA SEPTEMBER 2016

KURSUS WAJIB

SEC

ARA ONLIN

E

Sebagai usaha untuk menyalurkan ilmu pengurusan

perkoperasian terutamanya Kursus Wajib kepada semua ALK, MKM mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakannya

Kursus Wajib melalui kaedah e pembelajaran iaitu kaedah yang menggunakan kemudahan Internet yang tersedia tanpa mengira

masa dan tempat. Sistem VLMS dibangunkan bagi membolehkan Ahli Lembaga Koperasi dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami

ilm mengikut masa dan kesesuaian individu. Pembangunan VLMS

juga merupakan alternatif pilihan pembelajaran selain secara tradisional (face to face). Kaedah e-pembelajaran ini berupaya menyokong pertambahan permintaan pembelajaran di dalam kelas bagi ALK yang wajib menghadiri kursus wajib koperasi di MKM dalam tempoh lantikan mereka. Penggunaan sistem pembelajaran ini mampu menarik minat terutama generasi Y

Referências

Documentos relacionados

Dalam kajian ini, kesahan kandungan i-SC oleh kritikan luar ( external criticism ) dilakukan melalui pengesahan pakar untuk melihat kandungan dan aplikasi kelompok

Kesimpulan yang dapat ditarik dari penelitian ini adalah: (1) nilai-nilai yang ditetapkan perusahaan dan diharapkan menjadi pedoman berperilaku bagi setiap individu dalam lingkungan

Simpulan dari penelitian ini adalah bahwa aplikasi yang dihasilkan sudah interaktif untuk proses pembelajaran dan mempermudah mahasiswa dalam memperdalam materi algoritma dasar..

Supplier menerima PO (Purchase Order) dari owner dan supplier akan mengirimkan invoice dan surat jalan ke marketing.Setelah menerima invoice serta surat jalan dari supplier

Dalam tahap ini implementasi memiliki beberapa tujuan yaitu untuk: (1) melakukan kegiatan spesifikasi rancangan logikal ke dalam kegiatan yang sebenarnya dari sistem informasi

Penelitian ini dilakukan untuk melihat keakuratan teknik CBIR dalam melakukan retrieval image berdasarkan fitur warna, bentuk, dan tekstur tersebut sehingga dari hasil

Selain berdasarkan usulan pemecahan masalah, dilakukan juga analisis kebutuhan informasi dari user dan trainer yang akan menjadi pengguna dari aplikasi perangkat ajar ini,

Simpulan yang diperoleh dari penelitian ini yaitu sistem dapat mempersingkat waktu yang diperlukan dalam pemeriksaan setiap mahasiswa yang akan masuk ke ruang ujian dan pencatatan